Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lebih 10 agensi sertai Larian Pemerkasaan Wanita 2026 tanda solidariti pemerkasaan wanita
  • Selatan
  • WILAYAH

Lebih 10 agensi sertai Larian Pemerkasaan Wanita 2026 tanda solidariti pemerkasaan wanita

Utusan Sarawak 6 hours ago
PENGERUSI PPSEAWA Sarawak Chapter, Dato’ Munirah Hassan berucap sempena Women Empowerment Run 2026 di Ruang Legar MBKS, pagi ini.

KUCHING: Penyertaan lebih 10 agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sektor korporat dalam Larian Pemerkasaan Wanita 2026 membuktikan komitmen bersama pelbagai pihak dalam menyokong agenda pemerkasaan wanita dan kesejahteraan komuniti di Sarawak.

Program anjuran PPSEAWA Sarawak Chapter itu menyaksikan agensi dan organisasi tampil menghantar pasukan masing-masing sebagai simbol sokongan terhadap pembinaan masyarakat inklusif, sihat dan berdaya tahan.

Pengerusi PPSEAWA Sarawak Chapter, Dato’ Munirah Hassan berkata, penglibatan meluas pelbagai pihak mencerminkan kesedaran bersama bahawa isu pemerkasaan wanita perlu digerakkan secara kolektif dan merentas sektor.

“Program ini bukan sekadar larian santai. Setiap langkah yang diambil hari ini, sama ada sejauh tiga atau lima kilometer, membawa harapan kepada pemerkasaan wanita. Ia melambangkan sokongan terhadap kesihatan, ruang selamat dan jaringan sokongan yang lebih kukuh untuk wanita dan gadis,” katanya.

Menurutnya, penyertaan lebih 1,000 peserta membuktikan komitmen bersama pelbagai pihak dalam menjayakan agenda pemerkasaan wanita secara inklusif dan berteraskan komuniti.

Antara agensi dan organisasi yang mengambil bahagian ialah Persatuan Wanita UTM Sarawak (PEWANI), Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS), PERKIM, Dewanita, Sarawak Energy Berhad (SEB), Pustaka Negeri Sarawak, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) serta beberapa agensi kerajaan negeri dan persekutuan.

Sementara itu, kehadiran Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Malaysia, Faridah Awang selaku tetamu kehormat, serta Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Dato’ Wee Hong Seng, turut mengukuhkan sokongan institusi terhadap inisiatif pemerkasaan berasaskan komuniti.

Larian Pemerkasaan Wanita 2026 melibatkan laluan tiga dan lima kilometer yang mesra semua peringkat umur, dengan pendekatan penyertaan mengatasi persaingan, sekali gus menggalakkan interaksi antara generasi dan penyertaan keluarga.

Program tersebut disifatkan sebagai contoh kerjasama berkesan antara komuniti, NGO dan agensi dalam memperkukuh agenda pemerkasaan wanita serta gaya hidup sihat di peringkat akar umbi.

Oleh Shikin Mahmud

Continue Reading

Previous: Larian Pemerkasaan Wanita 2026 perkukuh pemerkasaan wanita dan komuniti di Kuching
Next: Aktiviti riadah warnai pagi tanpa kenderaan di Padang Merdeka

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.