Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Agong terima menghadap PM Anwar, dipersembah taklimat isu semasa negara
  • NASIONAL

Agong terima menghadap PM Anwar, dipersembah taklimat isu semasa negara

Utusan Sarawak 4 hours ago
FOTO Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Tunku, di sini hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pada pertemuan itu Seri Paduka Baginda berkenan dipersembahkan taklimat mengenai perkembangan semasa berkaitan hal ehwal negara.

Seri Paduka Baginda turut dipersembahkan perkara-perkara berkaitan pentadbiran dan kesejahteraan rakyat, menurut hantaran itu.

Sementara itu, Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebook berkata dalam pertemuan berkenaan, beliau mempersembahkan perkara-perkara berkaitan urusan pentadbiran kerajaan serta ikhtiar berterusan bagi memastikan kesejahteraan dan kebajikan rakyat sentiasa terpelihara.

“Semoga negara tercinta ini terus dikurniakan keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan yang berpanjangan,” kata beliau.- Bernama

Continue Reading

Previous: PDRM terima laporan kes kehilangan Nadia Kesuma
Next: Suami rayu usaha diplomatik segera cari Nadia Kesuma

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.