Tindakan pantas bomba kawal kebakaran belukar di Jalan Kelupu

Facebook
WhatsApp
KEBAKARAN belukar berlaku berhampiran sebuah rumah di Jalan Kelupu pada malam tadi. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Tindakan pantas pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran belukar berhampiran sebuah rumah di Jalan Kelupu sebelum api merebak ke kawasan kediaman.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 8.13 malam tadi.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi, didapati kebakaran melibatkan belukar yang terletak bersebelahan sebuah rumah dengan anggaran keluasan kurang daripada satu ekar.

PASUKAN bomba bertugas memadamkan kebakaran belukar. Foto BBP Bintangor

“Operasi pemadaman menggunakan dua salur bantu mula bagi mengawal kebakaran belukar,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, pasukan bomba membentangkan tiga gulung hos sepanjang 300 kaki dengan satu nozel, menggunakan sumber air daripada pili bomba berdekatan sehingga kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya.

“Kebakaran berjaya dikawal pada 9.30 malam dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 10.05 malam.

“Turut berada di lokasi adalah tiga anggota Rela dan dua orang anggota polis,” katanya.

Oleh Earl Anek