
SIBU: Sebanyak 91 kenderaan perdagangan dan persendirian telah diperiksa dalam Ops Khas Institut Memandu (OKIM) dan Ops Kembali Ke Sekolah (BTS), semalam.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak menerusi kenyataan di Facebook memberitahu, penguatkuasaan operasi tersebut secara rondaan dan pemantauan di sekitar bandar Sibu termasuk institut memandu serta kawasan sekolah.
“Hasil pemeriksaan mendapati kesalahan yang dikesan adalah melibatkan aspek teknikal kenderaan yang tidak mematuhi spesifikasi serta peraturan yang ditetapkan,” jelas kenyataan itu.


Kenyataan itu memberitahu, operasi ini dilaksanakan bagi memastikan tahap pematuhan undang-undang jalan raya berada pada tahap yang selamat dan terkawal.
“JPJ Sarawak akan terus komited dalam melaksanakan penguatkuasaan secara berterusan bagi meningkatkan keselamatan jalan raya dan melindungi pengguna jalan raya, khususnya pelajar dan orang awam,” tegas kenyataan itu.
Oleh Akun Giman