Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek RTP DUN Tamin diserahkan kepada kontraktor
  • Tengah
  • WILAYAH

Projek RTP DUN Tamin diserahkan kepada kontraktor

Utusan Sarawak 5 hours ago
SEKITAR lawatan tapak projek di DUN Tamin di sini, semalam. Foto DUN N.59 TAMIN

SELANGAU: Beberapa projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamin telah diserahkan kepada kontraktor untuk dilaksanakan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Christopher Gira Sambang.

Penyerahan tapak projek itu disaksikan wakil Pusat Khidmat ADUN Tamin, Kaunselor Ajan Dau di kawasan projek masing-masing, dengan pelaksanaan kerja dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Antara projek yang terlibat ialah kerja meratakan tapak di Rumah Ait Siong Ili, menaik taraf jalan kebun di Rumah Nyambong Siong Tengah, pembinaan gelanggang futsal di Siong Ulu serta pembinaan tempat letak kereta di Rumah Liam, Batu 25, Jalan Sibu–Selangau.

Kesemua projek berkenaan dijadualkan bermula pada 12 Januari dan dijangka siap sepenuhnya pada 30 Mac 2026.

Menurut Gira, projek RTP yang dilaksanakan itu bertujuan meningkatkan kemudahan asas dan kesejahteraan penduduk luar bandar.

“Pelaksanaan projek ini adalah langkah strategik untuk memperkukuh infrastruktur di DUN Tamin serta memastikan kemudahan asas dapat dinikmati oleh rakyat secara menyeluruh,” katanya menerusi kenyataan di Facebook rasmi DUN Tamin.

Beliau berkata inisiatif seperti menaik taraf jalan kebun dan pembinaan kemudahan rekreasi mampu memudahkan urusan harian penduduk serta menyokong aktiviti ekonomi setempat.

“Kerjasama erat antara JKR, kontraktor dan komuniti setempat amat penting bagi memastikan setiap projek dapat disiapkan dengan cekap, selamat dan mengikut jadual,” katanya.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bantuan makanan disalur kepada manga banjir di Selangau
Next: JPJ periksa 91 kenderaan dalam OKIM dan BTS di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.