Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis tahan lelaki warga Indonesia disyaki terlibat kes ugut wanita guna parang
  • JENAYAH

Polis tahan lelaki warga Indonesia disyaki terlibat kes ugut wanita guna parang

Utusan Sarawak 6 hours ago
DITANGKAP… Suspek ditangkap kerana disyaki terlibat dalam kes ugutan jenayah bersenjatakan parang terhadap seorang wanita tempatan. Foto IPD Matu Daro

DARO: Seorang lelaki warganegara Indonesia ditangkap kerana disyaki terlibat dalam kes ugutan jenayah bersenjatakan parang terhadap seorang wanita tempatan.

Ketua Polis Daerah Matu Daro, DSP Rahim Mihos berkata, tangkapan tersebut dibuat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Matu Daro dan kes disiasat dibawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63. 

Menurutnya, hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.

“Pemeriksaan juga mendapati suspek tidak memiliki passport dan sebarang dokumen perjalanan diri yang sah,” jelasnya menerusi siaran media, hari ini.

Rahim memberitahu, penahanan reman ke atas suspek telah dibenarkan selama tempoh empat hari dan kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya. 

“Suspek telah dituduh di bawah Seksyen 506 Kanun Jeseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 di Mahkamah Sarikei, hari ini.

“Tiada pengakuan direkodkan dan tiada jamin ditawarkan terhadap tertuduh. Kes ditetapkan untuk sebutan lanjut pada 29 Januari 2026. Sementara menunggu tarikh tersebut, tertuduh menjalani tahanan reman di penjara Sibu,” kata beliau.

Oleh Akun Giman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: JPJ Sarawak laksana Ops E-Hailing di Kuching
Next: SPRM sita RM11.4 juta aset milik bekas Panglima Tentera Darat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.