Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kampung Angkat MADANI KPWKM pertama dirasmikan di Sarawak
  • TEMPATAN

Kampung Angkat MADANI KPWKM pertama dirasmikan di Sarawak

Utusan Sarawak 6 hours ago
DATO Sri Nancy Shukri menyempurnakan simbolik penyerahan Kampung Angkat MADANI KPWKM di Dewan Kampung Buntal, Santubong.

SANTUBONG: Program Kampung Angkat MADANI anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang dirasmikan di Kampung Buntal hari ini merupakan pelaksanaan pertama program berkenaan di Sarawak.

Pelaksanaan tersebut sekali gus menandakan komitmen kerajaan untuk mendekatkan perkhidmatan serta pembangunan kepada rakyat di peringkat akar umbi.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri, berkata pendekatan Kampung Angkat MADANI dilaksanakan secara menyeluruh dan tersusun bagi memastikan keperluan sebenar rakyat, khususnya di kawasan luar bandar, dapat dikenal pasti dan ditangani secara berkesan.

Menurut beliau, inisiatif berkenaan bukan sekadar menumpukan pembangunan fizikal, malah merangkumi aspek sosial, ekonomi dan kesejahteraan komuniti, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan nilai ihsan, keprihatinan dan kesejahteraan bersama.

Pendekatan tersebut membolehkan pelbagai isu kebajikan dan sosial rakyat dikenal pasti serta ditangani secara lebih pantas dan berfokus melalui penglibatan langsung jabatan dan agensi berkaitan.

“Pendekatan Kampung Angkat MADANI ini lebih kepada mendekatkan kerajaan dengan rakyat supaya kita dapat mengenali keperluan mereka dengan lebih dekat, selain memastikan setiap inisiatif yang dilaksanakan benar-benar memberi manfaat kepada komuniti setempat,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Kampung Angkat MADANI KPWKM di Dewan Kampung Buntal, di sini, hari ini.

DATO Sri Nancy Shukri ditemui media selepas Majlis Penyerahan Kampung Angkat MADANI KPWKM di Dewan Kampung Buntal, hari ini.

Ketika ditemui media selepas majlis berkenaan, Nancy berkata Kampung Angkat MADANI di Sarawak bermula di Kampung Buntal selepas pelaksanaannya di beberapa lokasi di Semenanjung Malaysia sebelum ini.

“Ini merupakan program Kampung Angkat MADANI yang pertama dirasmikan di Sarawak. Sebelum ini kita telah melaksanakannya di Semenanjung dan selepas ini, insya-Allah, ia akan diperluaskan ke kawasan lain di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata pendekatan turun padang melalui Kampung Angkat MADANI membolehkan kerajaan mengenal pasti keperluan rakyat secara lebih tepat, termasuk keperluan menaik taraf infrastruktur dan kemudahan asas di kawasan terlibat.

“Program ini memberi peluang kepada kita untuk turun sendiri ke kampung, melihat keadaan sebenar dan mendengar suara rakyat secara langsung supaya tindakan yang diambil lebih berfokus dan berkesan,” katanya.

Nancy menegaskan bahawa kejayaan pelaksanaan Kampung Angkat MADANI bukan hanya bergantung kepada projek yang dilaksanakan, tetapi turut memerlukan kepercayaan, kerjasama dan semangat kebersamaan antara kerajaan dan rakyat.

Beliau turut menggesa masyarakat setempat agar memanfaatkan sepenuhnya kemudahan serta inisiatif yang disediakan bagi meningkatkan taraf hidup, memperkukuh institusi keluarga dan membina komuniti yang lebih sejahtera serta berdaya tahan.

Oleh Shikin Mahmud

Continue Reading

Previous: Gerai terbiar dibersihkan, MPKS perkemas persekitaran Taman Desa Ilmu
Next: Dewan Kampung Buntal dinaik taraf di bawah Kampung Angkat MADANI

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.