Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Dua cedera kemalangan kendiri di Kidurong Height
  • KEMALANGAN

Dua cedera kemalangan kendiri di Kidurong Height

Utusan Sarawak 8 hours ago
PASUKAN bomba mengusung mangsa yang cedera dari dalam kenderaan selepas kemalangan kendiri di Kidurong Height, Bintulu. Foto JBPM Sarawak

BINTULU: Dua lelaki cedera dalam satu kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kenderaan jenis Toyota Vios di Kidurong Height, Jalan Kidurong di sini, awal pagi tadi.

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 3.32 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati kemalangan kendiri berkenaan melibatkan sebuah kenderaan yang melanggar sebatang pokok.

KEADAAN di tempat kejadian selepas insiden malang itu. Foto JBPM Sarawak

“Kejadian membabitkan dua mangsa yang mana seorang mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya.

Seorang lagi mangsa masih berada di tempat duduk penumpang sebelum Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bertindak mengeluarkannya menggunakan peralatan khas.

“Kedua-dua mangsa yang cedera kemudiannya diserahkan kepada pihak ambulans Kementerian Kesihatan untuk tindakan dan rawatan lanjut,” katanya.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada 4.25 pagi selepas keadaan di lokasi disahkan selamat dan terkawal.

Oleh Carolyne Utih

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Kemas kini: Wanita warga emas maut dalam kemalangan lima kenderaan
Next: Kenderaan pacuan empat roda jatuh gaung, warga emas lelaki maut

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.