Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • SUPP Batu Kitang anjur Program Perkhidmatan Bergerak di Iskon Kuching
  • TEMPATAN

SUPP Batu Kitang anjur Program Perkhidmatan Bergerak di Iskon Kuching

Utusan Sarawak 8 hours ago
PENGERUSI SUPP Cawangan Batu Kitang, Dato Lo Khere Chiang.

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Batu Kitang akan menganjurkan Program Perkhidmatan Bergerak pada Ahad ini dari 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari bertempat di Iskon Kuching.

Orang ramai dijemput hadir untuk memanfaatkan perkhidmatan sehenti yang disediakan bagi komuniti setempat.

Pengerusi SUPP Cawangan Batu Kitang, Dato Lo Khere Chiang berkata, program itu bertujuan membawa perkhidmatan awam dan komuniti lebih dekat kepada penduduk, khususnya bagi membantu mereka yang menghadapi kesukaran untuk berurusan di jabatan berkaitan.

“Antara perkhidmatan yang disediakan termasuk bantuan kebajikan, pemeriksaan kesihatan, Sarawak Pay, Sarawak Pass, hal ehwal OKU, aduan awam, kaunseling pendidikan, serta pembukaan akaun simpanan bank untuk pelajar.

“Bantuan permohonan dan pertanyaan berkaitan Kad Emas Kenyalang (KGC) dan Skim Faedah Kesihatan Warga Emas Sarawak (SCHB – RM500) juga akan disediakan,” katanya.

PROGRAM Perkhidmatan Bergerak.

Beliau menambah bahawa orang ramai yang ingin membuat permohonan atau pertanyaan dinasihatkan supaya membawa dokumen sokongan yang berkaitan bagi melancarkan proses permohonan, selain dengan sukacitanya menjemput penduduk di sekitar Batu Kitang dan kawasan Iskon Kuching untuk menyertai program berteraskan rakyat itu serta memanfaatkan perkhidmatan yang ditawarkan.

Lo menekankan bahawa program ini mencerminkan komitmen berterusan SUPP Cawangan Batu Kitang dalam berkhidmat kepada rakyat, memperkukuhkan hubungan komuniti, dan memastikan bantuan serta maklumat dapat diakses oleh semua lapisan masyarakat.

Oleh Connie Chieng

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Tindakan Petronas ke mahkamah cabar undang-undang Sarawak – Pemuda PBB
Next: Projek naik taraf Jambatan Gita Lama selesai, penduduk kini nikmati kemudahan baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.