Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Persediaan awal bantu kebajikan mangsa banjir di Bintulu terkawal
  • TEMPATAN

Persediaan awal bantu kebajikan mangsa banjir di Bintulu terkawal

Utusan Sarawak 7 hours ago
PREMIER Sarawak menyantuni mangsa banjir ketika lawatan ke PPS di Bintulu hari ini.

BINTULU: Langkah persediaan awal yang dilaksanakan kerajaan Sarawak sejak September tahun lalu membantu memastikan kebajikan mangsa banjir di Bahagian Bintulu berada dalam keadaan terkawal meskipun berdepan cuaca tidak menentu ketika ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, hasil tinjauan ke beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mendapati pengurusan penempatan serta bantuan kepada mangsa dilaksanakan dengan teratur.

Menurut beliau, walaupun ramalan cuaca dapat memberikan gambaran dari segi masa, ketepatan lokasi hujan masih sukar dijangka, justeru persediaan awal menjadi keutamaan dalam menghadapi bencana banjir.

“Setakat lawatan saya ke PPS, bantuan makanan mencukupi dan mangsa juga berpuas hati dengan penempatan yang disediakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena lawatannya ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Suarah Bintulu di sini, hari ini.

Menurut Abang Johari, aspek kesihatan mangsa turut diberi perhatian serius apabila terdapat mangsa yang mengalami masalah kesihatan seperti asma dan strok telah dibantu oleh pasukan perubatan serta dirujuk ke hospital sekiranya perlu.

Tambahnya, bekalan makanan diagihkan sehingga lima kali sehari bagi memastikan keperluan asas mangsa terus terjamin sepanjang berada di PPS.

Difahamkan, jumlah mangsa banjir terkini yang masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sarawak setakat ini adalah seramai 1,638 mangsa.

Angka tersebut menunjukkan penurunan ketara berbanding lebih 7,000 mangsa pada peringkat awal kejadian, susulan keadaan banjir yang beransur pulih di beberapa kawasan terjejas.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Kerajaan Sarawak rancang pemulihan pasca monsun, fokus penyelesaian jangka panjang
Next: Uggah jelaskan isu bantuan, pemindahan ditentukan faktor keselamatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.