Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak dipamerkan di pentas global kelestarian menerusi Minggu Kelestarian Abu Dhabi 2026
  • SEMASA

Sarawak dipamerkan di pentas global kelestarian menerusi Minggu Kelestarian Abu Dhabi 2026

Utusan Sarawak 7 hours ago
DATUK Dr Hazland Abang Hipni bersama tetamu kehormat yang lain menghadiri ADSW 2026 yang berlangsung di Pusat Pameran Nasional Abu Dhabi (ADNEC)

ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu (UAE): Sarawak terus memperkukuh kedudukannya dalam agenda tenaga dan kelestarian alam sekitar di peringkat antarabangsa apabila menyertai Minggu Kelestarian Abu Dhabi (ADSW) 2026.

ADSW 2026 merupakan sebuah platform global yang menghimpunkan pembuat dasar, pemain industri dan pelabur bagi membincangkan penyelesaian praktikal ke arah pembangunan mampan.

Dalam satu kenyataan yang keluarkan hari ini, Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan, menegaskan ADSW sebagai platform global utama yang memacu tindakan melalui inovasi teknologi dan ekonomi digital, khususnya kecerdasan buatan.

Sarawak diwakili oleh Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr Hazland Abang Hipni, yang menghadiri program tersebut bagi mempamerkan pendekatan negeri ini dalam pembangunan tenaga bersih dan pengurusan alam sekitar.

Beliau dijadualkan menyertai sesi panel Jawatankuasa Kebangsaan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) bertajuk ‘Resilient Systems, Real Results’ esok, yang akan mengetengahkan pengalaman serta inisiatif Sarawak dalam sektor tenaga dan kelestarian.

Penyertaan Sarawak turut disokong oleh enam agensi berkaitan termasuk Senari Synergy Sdn Bhd, Bintulu Port Holdings Berhad, Sarawak Energy Sdn Bhd, Institut Kelestarian dan Tenaga Boleh Diperbaharui (ISuRE) Unimas serta Sarawak Metro Sdn Bhd.

ADSW 2026 yang dianjurkan oleh Masdar, UAE, disertai lebih 50,000 peserta berdaftar dari 150 negara, mempamerkan teknologi terobosan merangkumi tenaga boleh diperbaharui, hidrogen, bandar pintar, e-mobiliti, kewangan hijau, tenaga digital serta kecerdasan buatan.

ADSW 2026 yang berlangsung dari 13 Januari hingga esok di Pusat Pameran Nasional Abu Dhabi (ADNEC) menumpukan kepada isu kritikal termasuk sistem tenaga berasaskan kecerdasan buatan (AI), pembiayaan iklim serta inovasi yang menyokong keselamatan makanan dan air.

Bertemakan ‘The Nexus of Next: All Systems Go’, penganjuran itu menghubungkan sektor tenaga, kewangan, makanan, air dan alam sekitar bagi mempercepatkan penyelesaian bersepadu serta meningkatkan daya tahan sistem global.

Continue Reading

Previous: Kepimpinan negeri ditentukan rakyat, amanah jadi ukuran utama – Premier Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.