Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Ancaman banjir di Queensland kekal meskipun hujan mulai reda
  • GLOBAL

Ancaman banjir di Queensland kekal meskipun hujan mulai reda

Utusan Sarawak 5 hours ago
FOTO tanpa tarikh yang dikeluarkan oleh Pejabat Premier Queensland pada 1 Januari 2026 menunjukkan pemandangan umum kawasan yang dilanda banjir di Cloncurry Shire, Queensland Barat Laut. Foto AFP


SYDNEY: Premier Queensland pada Rabu memaklumkan bahawa wilayah di utara dan barat laut negeri itu kekal berisiko menghadapi banjir meskipun kelebatan hujan mulai berkurangan, lapor Xinhua.

David Crisafulli memberitahu rangkaian televisyen Nine Network pada pagi Rabu bahawa beberapa bahagian di utara tropika dan barat laut Queensland menerima jumlah taburan hujan sepanjang minggu lepas  yang melebihi purata tahunan biasa.

Menurut ramalan Biro Meteorologi (BoM), hujan di seluruh Queensland dijangka reda pada Rabu selepas bekas Siklon Tropika Koji membadai pantai timur laut pada pagi Ahad dan bergerak ke arah barat merentasi negeri itu, sekali gus mencetuskan banjir kilat yang meluas.

Bagaimanapun, amaran banjir besar daripada BoM bagi empat batang sungai masih dikekalkan pada Rabu, dan Crisafulli berkata pihak berkuasa bimbang dengan keadaan tadahan air yang kini melimpah.

“Kebimbangan utama kami adalah jika berlaku hujan tambahan di kawasan tadahan yang sudah sedia tinggi dan paras air tidak menurun sepantas yang diharapkan,” katanya.

“Walaupun trend menunjukkan hujan mulai reda, itu tidak bermakna tiada kemungkinan berlakunya hujan lebat yang terpencil di kawasan tadahan yang sudah melimpah.”

Premier itu pada Selasa memaklumkan bahawa lebih 50,000 ekor ternakan telah mati akibat banjir dan angka itu dijangka terus meningkat.

Beliau berkata pada Rabu bahawa pihak berkuasa sedang menjalankan operasi pengguguran udara bagi bekalan makanan ternakan dan bekalan veterinar kecemasan kepada ternakan yang terkandas di kawasan tanah tinggi di beberapa lokasi.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: SpaceX lancar misi eksoplanet Pandora NASA
Next: Sekurang-kurangnya 22 maut, 55 cedera selepas kereta api rempuh kren tumbang di Thailand

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.