Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Dua rumah terbakar dalam kebakaran lewat petang di Kampung Siol Kandis
  • KEBAKARAN

Dua rumah terbakar dalam kebakaran lewat petang di Kampung Siol Kandis

Utusan Sarawak 5 hours ago
OPERASI pemadaman kebakaran oleh anggota bomba di Kampung Siol Kandis berjaya dikawal sepenuhnya pada 4.19 petang.

KUCHING: Dua rumah dilaporkan terbakar dalam satu kejadian kebakaran di Kampung Siol Kandis, di sini, lewat petang ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 3.49 petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya dikejarkan ke lokasi yang terletak sekitar tujuh kilometer dari balai.

Komander Operasi, PBK I Mohd Nizam Bujang, berkata kebakaran melibatkan dua rumah kediaman dengan sebuah daripadanya musnah sepenuhnya, manakala sebuah lagi mengalami kerosakan dianggarkan sekitar 80 peratus.

“Semua penghuni berjaya menyelamatkan diri ke tempat yang selamat sebelum api merebak dengan lebih serius dan tiada mangsa dilaporkan mengalami kecederaan,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Operasi pemadaman turut dibantu oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Padungan dan dikawal sepenuhnya pada 4.19 petang sebelum ditamatkan sekitar 5.11 petang. Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan pihak bomba

Continue Reading

Previous: Kebakaran bangunan di Kampung Mambong, tiada mangsa dilaporkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.