Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penutup parit rosak undang bahaya kepada orang awam
  • Utara
  • WILAYAH

Penutup parit rosak undang bahaya kepada orang awam

Utusan Sarawak 7 hours ago
ROSAK… Keadaan penutup parit yang rosak dan perlu diganti semula oleh pihak berkaitan . 

MIRI: Keadaan penutup parit yang rosak dan terbiar di beberapa kawasan sekitar premis kedai di Taman Tunku di sini menimbulkan kebimbangan orang awam kerana berpotensi mengundang bahaya, khususnya kepada pejalan kaki dan pengguna jalan raya.

Tinjauan Utusan Sarawak mendapati terdapat penutup parit yang retak, longgar malah hilang sepenuhnya, sekali gus mendedahkan lubang terbuka yang boleh menyebabkan kemalangan, terutama pada waktu malam atau ketika hujan lebat.

Seorang penduduk setempat, Mohd Khairi Abdullah berkata keadaan tersebut bukan sahaja membahayakan keselamatan, malah boleh mengakibatkan kecederaan serius sekiranya seseorang terjatuh ke dalam parit berkenaan.

“Penutup parit ini sudah lama rosak tetapi masih belum dibaiki. Kami bimbang keselamatan orang awam yang sering melalui kawasan ini,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Orang ramai berharap pihak berkuasa tempatan dapat mengambil tindakan segera dengan membaiki atau menggantikan penutup parit yang rosak bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Kerja naik taraf gelanggang bola keranjang Taman Bumiko capai 70 peratus
Next: Pertandingan Sepak Takraw Piala DUN N.52 Dudong dibuka untuk penyertaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.