Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kebakaran bangunan di Kampung Mambong, tiada mangsa dilaporkan
  • KEBAKARAN

Kebakaran bangunan di Kampung Mambong, tiada mangsa dilaporkan

Utusan Sarawak 6 hours ago
KEBAKARAN sebuah bangunan di KIWMP Kampung Mambong berjaya dikawal, tanpa melibatkan kemalangan jiwa. Foto Bomba

SIBURAN: Satu kebakaran bangunan dilaporkan berlaku di KIWMP Kampung Mambong, Jalan Mambong, dekat sini, tengah hari tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak menerima panggilan kecemasan mengenai insiden tersebut pada 2.28 petang.

“Pasukan Bomba dan Penyelamat bertindak segera sebaik menerima maklumat bagi mengawal kebakaran dan memastikan keselamatan penduduk setempat,” jelqs Komander Operasi, PBK I Sim Mui Chai melalui sebuah kenyataan hari ini.

Setakat ini, operasi pemadaman dijalankan secara terkawal dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba bagi menentukan sebab sebenar dan langkah pencegahan yang sesuai pada masa hadapan.

Continue Reading

Previous: Kebakaran bilik tingkat tiga klinik di Matang, berjaya dikawal 
Next: Dua rumah terbakar dalam kebakaran lewat petang di Kampung Siol Kandis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.