Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Michael Kong gesa penyelenggaraan proaktif susulan kejadian jalan runtuh di Lorong APT 2
  • Selatan
  • WILAYAH

Michael Kong gesa penyelenggaraan proaktif susulan kejadian jalan runtuh di Lorong APT 2

Utusan Sarawak 9 hours ago
MICHAEL Kong ketika meninjau lokasi runtuhan jalan di Lorong APT 2, berhampiran Jalan Datuk Mohammad Musa, Kuching baru-baru ini.

KUCHING: Pembantu Khas kepada Chong Chieng Jen, Michael Kong Feng Nian berkata tindakan pihak berkuasa susulan kejadian runtuhan jalan di Lorong APT 2, berhampiran Jalan Datuk Mohammad Musa, hanya diambil selepas kejadian berlaku dan disifatkan sebagai terlalu lewat.

Menurut Kong, beliau telah turun padang bagi meninjau keadaan di lokasi serta mendapatkan penjelasan berhubung pelan kerja pembaikan dan pemulihan yang akan dilaksanakan.

Katanya, kontraktor yang terlibat memaklumkan bahawa kerja pembaikan kini menjadi lebih mencabar berikutan tahap kerosakan yang kompleks, selain faktor cuaca hujan yang berterusan.

Beliau menegaskan bahawa keadaan itu sepatutnya dapat dielakkan sekiranya langkah pencegahan atau pembetulan diambil pada peringkat awal.

“Apa yang sepatutnya boleh diselesaikan melalui campur tangan tepat pada masanya kini bertukar menjadi kerja pembaikan yang lebih rumit, melibatkan kos yang lebih tinggi serta mengganggu kehidupan seharian penduduk,” katanya dalam satu kenyataan.

Kong berkata, insiden itu mencerminkan masalah berulang apabila tindakan hanya diambil selepas kegagalan berlaku, walaupun tanda-tanda awal telah dibangkitkan sebelum ini.

Keadaan itu, katanya, menyebabkan penduduk terpaksa menanggung kebimbangan, kesulitan harian serta risiko keselamatan.

Walaupun menyambut baik pelaksanaan kerja pembaikan yang telah bermula, beliau menegaskan bahawa kejadian runtuhan jalan itu sepatutnya tidak berlaku.

“Keselamatan dan keselesaan penduduk mesti menjadi keutamaan, dan bukan hanya diberi perhatian selepas kejadian serius berlaku,” katanya.

Tambahnya, pihaknya akan terus memantau rapat perkembangan kerja pemulihan dan mendesak pihak berkuasa berkaitan supaya memastikan pembaikan dilaksanakan secara menyeluruh serta tanpa kelewatan.

Beliau turut berharap insiden itu dijadikan pengajaran mengenai kepentingan penyelenggaraan proaktif dan campur tangan awal bagi mengelakkan kejadian serupa yang boleh dicegah daripada berulang pada masa hadapan.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Eksklusif: Inap Desa Izara terjejas ombak besar, projek benteng akan dilaksanakan
Next: Keadaan banjir di Desa Senadin semakin pulih

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.