Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • PDRM umum pertukaran enam pegawai kanan
  • NASIONAL

PDRM umum pertukaran enam pegawai kanan

Utusan Sarawak 1 day ago

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran enam pegawai kanan berkuat kuasa 9 Februari 2026, melibatkan pertukaran jawatan secara timbal balik di beberapa jabatan strategik Bukit Aman serta Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.

Setiausaha Polis Malaysia DCP Abdul Rahman Kassim berkata pertukaran itu, antaranya melibatkan jawatan di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) serta Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman.

Beliau berkata Datuk Mohd Zaki Ashar yang sebelum ini menyandang jawatan Timbalan Pengarah Narkotik (Penguatkuasaan/Pencegahan/Kepolisan Am) JSJN, dilantik sebagai Komander Biro Kawalan Jenayah Hidupan Liar/Perisikan dan Siasatan Khas Bahagian Pasukan Gerakan Am (PGA), JKDNKA.

Jawatan Timbalan Pengarah Narkotik (Penguatkuasaan/Pencegahan/Kepolisan Am) JSJN pula akan disandang oleh SAC Zairulnizam Mohd Zainuddin @ Hilmi yang sebelum ini memegang jawatan Komander Biro Kawalan Jenayah Hidupan Liar/Perisikan dan Siasatan Khas Bahagian PGA, JKDNKA.

“Pertukaran turut melibatkan jawatan Ketua Polis Daerah Sentul apabila ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari yang sebelum ini menyandang jawatan itu dilantik sebagai ACP Urus Setia Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Rahman berkata ACP Basri Sagoni yang sebelum ini ACP Urus Setia JPJKK Bukit Aman pula dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Sentul.

Selain itu, ACP Rahiman Abdullah @ Yacob yang sebelum ini menggalas tanggungjawab sebagai Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Pemalsuan/Pelencungan/Hartanah) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) dilantik sebagai Penolong Pengarah (Urus Tadbir) Bahagian Dasar Sumber Manusia Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

“ACP J.S. Gurbinder Singh Mann yang sebelum ini Penolong Pengarah (Urus Tadbir) Bahagian Dasar Sumber Manusia Jabatan Pengurusan Bukit Aman pula dilantik sebagai Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Pemalsuan/Pelencungan/Hartanah) JSJK Bukit Aman,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Peruntukan tambahan RM5 juta untuk operasi, selenggara Zoo Negara – PM Anwar
Next: Peningkatan premis SARA perkukuh kelangsungan peniaga kecil

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.