Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lima maut dalam kemalangan di Lebuh Raya Gyeongsang Utara
  • GLOBAL

Lima maut dalam kemalangan di Lebuh Raya Gyeongsang Utara

Utusan Sarawak 1 day ago
IMEJ yang dirakam daripada rakaman CCTV Korea Expressway Corp., ini menunjukkan Lebuh Raya Seosan–Yeongdeok, lokasi berlakunya perlanggaran beramai-ramai. Foto Yonhap

SANGJU, Korea Selatan: Lima maut dalam beberapa kemalangan di lebuh raya di wilayah tenggara Gyeongsang Utara yang dipercayai berpunca daripada ais hitam, menurut pihak berkuasa, lapor Agensi Berita Yonhap.

Satu daripada kemalangan berlaku pada 6.20 pagi berhampiran persimpangan di bahagian Sangju di Lebuh RayaSeosan-Yeongdeok, apabila sebuah lori terbabas selepas melanggar penghadang jalan ketika cuba mengelak sebuah kenderaan yang berhenti. Pemandu lori itu maut dalam insiden itu.

Kemalangan lain yang dilaporkan di kawasan sama termasuk sebuah kereta sedan yang meragut nyawa kesemua empat orang di dalamnya.

Polis sedang menyiasat sama ada kemalangan itu mempunyai kaitan dengan satu lagi insiden melibatkan beberapa kenderaan, termasuk sebuah treler yang dilaporkan di kawasan berkenaan.

Dalam satu lagi kemalangan, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) terbakar selepas berlanggar dengan sebuah trak dan merempuh penghadang jalan berhampiran persimpangan berkenaan pada 6.35 pagi.

Setakat 11 pagi, jumlah korban kekal lima orang dengan beberapa lagi mangsa cedera. Polis percaya lebih 20 kenderaan terlibat dalam kemalangan itu.

Berikutan kejadian itu, aliran trafik di beberapa bahagian lebuh raya berkenaan telah ditutup sementara. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Amaran siklon tropika dikeluarkan untuk timur laut Australia
Next: Seorang maut, puluhan hilang selepas tapak pelupusan sampah runtuh di Filipina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.