Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Man City sambar Semenyo dari Bournemouth
  • SUKAN

Man City sambar Semenyo dari Bournemouth

Utusan Sarawak 1 day ago
AKSI terakhir Antoine Semenyo bersama Bournemouth ialah menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan untuk menewaskan Tottenham 3-2. Foto AFP

MANCHESTER (UK): Manchester City menambah kekuatan serangan mereka pada Jumaat dengan menandatangani Antoine Semenyo dari Bournemouth dengan nilai dilaporkan £65 juta (AS$87 juta).

Pemain berusia 26 tahun itu, yang telah menjaringkan 10 gol Liga Perdana Inggeris musim ini, menandatangani kontrak selama lima setengah tahun.

Liverpool, Manchester United dan Tottenham antara kelab lain yang berminat mendapatkan khidmat pemain antarabangsa Ghana kelahiran London itu, yang mempunyai klausa pembelian yang dilaporkan tamat pada Sabtu.

“Saya sangat bangga dapat menyertai Manchester City,” kata Semenyo.

“Saya telah mengikuti City sepanjang sedekad lalu di bawah Pep Guardiola, dan mereka merupakan pasukan dominan dalam Liga Perdana Inggeris selain mencapai kejayaan hebat dalam Liga Juara-Juara, Piala FA dan Piala Liga.

“Mereka telah menetapkan standard tertinggi dan ini adalah sebuah kelab dengan pemain bertaraf dunia, kemudahan bertaraf dunia serta salah seorang pengurus terhebat sepanjang zaman, Pep.”

Aksi terakhirnya selepas tiga tahun bersama The Cherries ialah menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan untuk menewaskan Tottenham 3-2, sekali gus menamatkan kemarau 11 perlawanan tanpa kemenangan pada Rabu.

City berharap Semenyo mampu meningkatkan cabaran mereka untuk memenangi kejuaraan di empat kejohanan pada 2026.

Anak buah Guardiola kini ketinggalan enam mata di belakang Arsenal di puncak Liga Perdana Inggeris, dan bakal menghadapi perlawanan Piala FA, Piala Liga serta Liga Juara-Juara dalam minggu-minggu akan datang.

Pilihan City di posisi sayap ketika ini terhad dengan Savinho mengalami kecederaan manakala Omar Marmoush mewakili Mesir di Piala Negara-Negara Afrika.

Perpindahan Semenyo merupakan langkah besar pertama oleh kelab Liga Perdana Inggeris dalam jendela perpindahan Januari.

City juga sedang mencari pemain untuk memperkukuh benteng pertahanan selepas kehilangan Ruben Dias dan Josko Gvardiol akibat kecederaan.

Kapten Crystal Palace, Marc Guehi, yang kontraknya tamat pada penghujung musim ini, menjadi sasaran utama mereka.

Semenyo menikmati peningkatan mendadak dalam kariernya selepas dipinjamkan sebanyak tiga kali oleh Bristol City pada peringkat awal kariernya.

Beliau akhirnya meraih perpindahan ke Liga Perdana Inggeris pada 2023 dan berkembang menjadi antara pemain sayap paling berbisa dalam liga utama England sepanjang dua musim lalu di bawah kendalian Andoni Iraola.

“Saya masih mempunyai ruang yang luas untuk memperbaiki diri, jadi berada di kelab ini pada tahap karier saya sekarang adalah sangat sesuai. Ia satu keistimewaan besar untuk berada di sini,” tambah Semenyo.

“Prestasi terbaik saya masih belum datang, saya yakin akan hal itu. Dan City berada dalam kedudukan yang sangat baik — masih bersaing dalam empat kejohanan. Saya benar-benar rasa saya mampu membantu mereka untuk mengharungi separuh kedua musim dengan lebih kuat.”

Semenyo berpeluang membuat penampilan sulungnya pada Sabtu apabila City melayan kunjungan pasukan divisyen ketiga, Exeter, dalam saingan Piala FA di Stadium Etihad. – AFP

Continue Reading

Previous: Arsenal masih ‘kukuh’ walaupun seri dengan Liverpool
Next: Tang Jie-Ee Wei tersingkir Terbuka Malaysia 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.