Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Tanah susur berlaku di Kampung Semukoi, BBP Serian pantau keadaan
  • KEMALANGAN

Tanah susur berlaku di Kampung Semukoi, BBP Serian pantau keadaan

Utusan Sarawak 1 day ago
KEJADIAN tanah susur dilaporkan berlaku di Kampung Semukoi, Jalan Serian–Sri Aman, dan telah dipantau pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian awal pagi tadi. Foto BBP Serian

SERIAN: Kejadian tanah susur dilaporkan berlaku di Kampung Semukoi, Jalan Serian–Sri Aman, dan telah dipantau pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian awal pagi tadi.

Menurut laporan, kejadian tanah susur pertama kali dilaporkan pada petang semalam dan pemantauan pagi ini mendapati terdapat pergerakan tanah semula.

Bagaimanapun, tiada runtuhan berlaku yang menjejaskan struktur rumah di kawasan berkenaan.

Pasukan bomba menasihatkan penduduk supaya sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga kerana pergerakan tanah masih berterusan dan keadaan cuaca dilaporkan hujan rintis.

BBP Serian akan terus memantau lokasi berisiko bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin.

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Tanah susur di jalan Kampung Haji Baki, BBP Kota Sentosa ambil tindakan segera
Next: Runtuhan tanah di Jalan Ulu Mukah, laluan terjejas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.