Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Tanah susur di jalan Kampung Haji Baki, BBP Kota Sentosa ambil tindakan segera
  • KEMALANGAN

Tanah susur di jalan Kampung Haji Baki, BBP Kota Sentosa ambil tindakan segera

Utusan Sarawak 1 day ago
KEJADIAN tanah susur dilaporkan berlaku berhampiran jalan Kampung Haji Baki, Jalan Kuching–Bau, awal pagi tadi. Foto BBP Kota Sentosa

KUCHING: Kejadian tanah susur dilaporkan berlaku berhampiran jalan Kampung Haji Baki, Jalan Kuching–Bau, awal pagi tadi ketika rondaan Monsun Timur Laut (MTL) dijalankan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak.

Rondaan yang dilaksanakan sekitar 4.00 pagi tadi melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Sentosa dengan kekuatan enam anggota serta sebuah jentera Tindak Balas Segera (RRV).

Semasa rondaan dijalankan, pasukan mendapati kejadian tanah susur berkenaan berpotensi membahayakan pengguna jalan raya yang melalui laluan tersebut.

Sehubungan itu, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) telah mengambil tindakan segera dengan memasang kon keselamatan di lokasi kejadian sebagai langkah awal bagi memberi amaran kepada pengguna jalan raya.

Tiada kecederaan atau kemalangan dilaporkan setakat ini dan keadaan di lokasi masih dipantau oleh pihak bomba.

JBPM Sarawak menasihatkan pengguna jalan raya agar lebih berwaspada, terutama ketika melalui kawasan cerun dan laluan berbukit sepanjang tempoh Monsun Timur Laut (MTL).

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Wanita cedera pergelangan tangan dipindahkan bomba di Kapit
Next: Tanah susur berlaku di Kampung Semukoi, BBP Serian pantau keadaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.