Pelakon veteran Korea Selatan Ahn Sung-ki meninggal dunia pada usia 74 tahun

Facebook
WhatsApp
GAMBAR yang dirakam pada 6 Oktober 2021 ini menunjukkan pelakon Korea Selatan, Ahn Sung-ki, bergambar di karpet merah semasa majlis pembukaan Festival Filem Antarabangsa Busan ke-26 di Busan. Foto AFP

SEOUL: Pelakon veteran Korea Selatan, Ahn Sung-ki, yang membintangi lebih daripada 170 filem sepanjang hampir tujuh dekad, meninggal dunia hari ini, menurut laporan media tempatan. Beliau berusia 74 tahun.

Ahn, yang sebelum ini berjuang melawan kanser darah, menghembuskan nafas terakhir dikelilingi ahli keluarganya, lapor agensi berita Yonhap.

Menurut laporan tersebut, beliau menerima rawatan di unit rawatan rapi selepas tercekik makanan pada minggu lalu.

Memulakan debut lakonan pada usia lima tahun pada 1957, Ahn dihormati oleh penonton dan rakan industri kerana kerjayanya yang sangat prolifik serta kehidupan peribadi yang bebas skandal — sesuatu yang jarang berlaku dalam industri hiburan.

Kehidupannya mencerminkan kebangkitan sinema Korea Selatan daripada permulaan yang sederhana kepada pengiktirafan global, yang memuncak dengan kejayaan Anugerah Oscar menerusi filem Parasite.

Filem pecah panggung beliau pada 2003, Silmido, yang berdasarkan kisah benar sebuah unit pasukan khas rahsia terdiri daripada bekas banduan yang ditugaskan untuk membunuh pemimpin Korea Utara, menjadi filem Korea Selatan pertama yang mencatat lebih 10 juta penonton. Ahn meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak lelaki. – AFP

MimiFly ke Indonesia demi Bayan

KUALA LUMPUR: Demi menghidupkan watak Bayan dalam pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLTM), penyanyi MimiFly sanggup ke Indonesia bagi

Memahami 22 Julai 1963

MINGGU lalu, Sarawak telah meraikan satu peristiwa yang penuh bersejarah, iaitu Hari Sarawak. Sambutan Hari Sarawak menjadi lebih bermakna dengan

MimiFly ke Indonesia demi Bayan

KUALA LUMPUR: Demi menghidupkan watak Bayan dalam pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLTM), penyanyi MimiFly sanggup ke Indonesia bagi