Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • JBPM Sarawak gerakkan operasi cari lelaki warga emas hilang di Engkilili
  • Tengah
  • WILAYAH

JBPM Sarawak gerakkan operasi cari lelaki warga emas hilang di Engkilili

Utusan Sarawak 3 days ago
ANGGOTA JBPM Sarawak bersiap sedia memulakan operasi pencarian lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di Rumah Merio Tambak, Engkilili. Foto Bomba

ENGKILILI: Seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumah panjang ketika menghadiri upacara sembahyang bersama ahli keluarganya di Rumah Merio Tambak, Engkilili, sejak semalam.

Menurut kenyataan media Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian orang dikhuatiri hilang pada 7.58 malam daripada Balai Polis Engkilili.

Mangsa dikenal pasti sebagai Chin Shin Fah, 60 tahun, lelaki, dan sehingga kini masih belum ditemui. Jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman tiba di lokasi kejadian pada 8.30 malam selepas menempuh jarak sekitar 30 kilometer.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I Noor Faqriakmal Jamari memaklumkan bahawa laporan polis dibuat oleh anak mangsa selepas usaha pencarian awal oleh ahli keluarga dan penduduk rumah panjang tidak membuahkan hasil.

Berdasarkan kronologi kejadian, mangsa bersama ahli keluarga telah ke Rumah Baie Merio Tambak Engkilili semalam bagi menghadiri upacara sembahyang.

Bagaimanapun, sekitar 11.30 malam, mangsa dikatakan keluar dari ruai rumah panjang berkenaan dan tidak kembali semula.

Apabila menyedari kehilangan mangsa, ahli keluarga dengan bantuan penduduk setempat telah melakukan pencarian di sekitar kawasan rumah panjang, namun mangsa gagal ditemui sehingga laporan polis dibuat pada petang keesokan harinya.

Mangsa dilaporkan memakai baju berlengan panjang berwarna keperakan dan seluar pendek berwarna kehitaman ketika kali terakhir dilihat.

PGO JBPM Sarawak memaklumkan bahawa operasi pencarian akan disambung pada keesokan hari berikutan keadaan gelap pada waktu malam, selepas perbincangan bersama pihak polis Engkilili.

Operasi ini melibatkan tiga anggota JBPM dengan satu jentera EMRS, dan orang awam yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu bagi melancarkan usaha pencarian.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Paras air meningkat, penduduk Matu dinasihat berwaspada
Next: APM Daro pantau kawasan berisiko banjir susulan hujan berterusan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.