ATHENS: Dua mayat mangsa telah dijumpai manakala yang lain dilaporkan masih hilang kelmarin selepas bahagian tengah Yunani dilanda ribut taufan kuat yang disebut sebagai medicane.
Ribuan orang dipindahkan dari bangunan yang dilanda banjir akibat hujan lebat dan ribut kuat yang memusnahkan beberapa rumah dan kedai di wilayah utara Athens.
Taufan Mediterranean menyebabkan operasi penerbangan dan feri dibatalkan pada Jumaat kerana larangan melintasi pulau-pulau barat Yunani. Pada petang Sabtu, ia menuju ke selatan ke arah Crete.
Pasukan kecemasan masih mencari sebuah bot yang membawa 55 migran kelmarin selepas menerima satu panggilan kecemasan, namun pengawal pantai mengatakan kepada AFP bahawa mereka kemungkinan bertukar laluan kerana tiada menerima isyarat bantuan.
Bandar Karditsa kira-kira 300 kilometer (190 batu) dari utara Athens telah dibadai teruk yang mana berlaku runtuhan tanah, kayu tumbang dan bekalan elektrik terputus.
Berita tempatan turut melaporkan seorang lelaki telah dijumpai maut di kebunnya di kawasan yang sama.
Tidak jauh dari bandar tersebut juga, yang mana seorang wanita dijumpai meninggal di rumahnya yang tidak bernombor dan yang lain dikatakan hilang selepas berlakunya banjir dari limpahan sungai, kata bomba.
Perdana Menteri Kyriakos Mitsotakis menzahirkan rasa simpati terhadap mangsa yang terkorban dan mengatakan akan member bantuan kepada mangsa yang turut terkesan di negeri tersebut.
Medicanes (singkatan Mediterranean dan hurricane) merupakan fenomena yang jarang berlaku setelah empat dekad berlalu. – AFP