Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Banjir kilat jejaskan beberapa kawasan di Bekenu
  • Utara
  • WILAYAH

Banjir kilat jejaskan beberapa kawasan di Bekenu

Utusan Sarawak 4 days ago
BANJIR…. Salah sebuah rumah di Kampung Jengalas yang dimasuki air banjir sejak petang semalam.

BEKENU: Keadaan arus Sungai Sibuti dilaporkan deras berikutan hujan lebat berterusan sejak 3.00 petang tadi, sekali gus membimbangkan penduduk di kawasan sekitar.

Tinjauan mendapati beberapa jalan kampung di kawasan rendah telah ditenggelami air, menyebabkan pergerakan penduduk terjejas.

Setakat ini, antara kawasan sekitar Bekenu yang terjejas akibat banjir kilat ialah Kampung Rambai, Bekenu Asli, Dagang, Kawang, Tiris, Menjelin dan Jengalas.

Di Kampung Jengalas, beberapa rumah dilaporkan telah dimasuki air.

PINDAH… Penduduk Kampung Rambai dan Jengalas memindahkan kenderaan mereka ke kawasan lebih tinggi bagi mengelakkan risiko ditenggelami banjir.

Susulan itu, penduduk dilihat mengambil langkah awal dengan memindahkan kenderaan masing-masing ke kawasan yang lebih tinggi bagi mengelakkan kerosakan.

Sementara itu, hujan lebat turut dilaporkan berlaku di kawasan Sepupok, Niah, yang mengakibatkan kejadian banjir kilat di kawasan berkenaan.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan memantau perkembangan semasa cuaca, khususnya penduduk yang tinggal di kawasan rendah dan berhampiran sungai.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Tanah susur jejaskan Rumah Kujat, tiada mangsa dilaporkan
Next: Hujan berterusan, tujuh perkampungan dilanda banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.