Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Penyelarasan pakaian seragam sekolah masih dikaji, tiada perubahan sesi persekolahan 2026
  • PENDIDIKAN

Penyelarasan pakaian seragam sekolah masih dikaji, tiada perubahan sesi persekolahan 2026

Utusan Sarawak 18 hours ago
FOTO: Bernama

PUTRAJAYA: Cadangan penyelarasan pakaian seragam sekolah masih di peringkat kajian dan belum dimuktamadkan, sekali gus mengesahkan tiada perubahan terhadap pakaian seragam murid bagi sesi persekolahan 2026.

Ketua Pengarah Pendidikan Dr Mohd Azam Ahmad berkata keputusan akhir hanya akan dibuat selepas penelitian rapi semua aspek berkaitan untuk pelaksanaan pada sesi persekolahan 2027.

“Kementerian Pendidikan memberi jaminan sebarang keputusan mengenainya akan dimaklumkan lebih awal kepada ibu bapa dan semua pihak berkepentingan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata cadangan penyelarasan pakaian seragam sekolah bertujuan untuk mewujudkan kebersamaan dan semangat perpaduan dalam kalangan murid.

Selain itu, beliau berkata cadangan itu dapat menangani isu beban kewangan persediaan persekolahan yang dihadapi ibu bapa. – Bernama

Continue Reading

Previous: Sarawak mulakan kajian penubuhan fakulti perubatan di UTS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.