Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Operasi SAR mangsa dibaham buaya di Pulau Bruit ditamatkan
  • KEMALANGAN

Operasi SAR mangsa dibaham buaya di Pulau Bruit ditamatkan

Utusan Sarawak 6 hours ago
OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja lelaki dipercayai dibaham buaya di Jeti Sungai Kelai, Rumah Panjang Jingga, Pulau Bruit ditamatkan hari ini. Foto BBP Daro

DARO: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja lelaki dipercayai dibaham buaya di Jeti Sungai Kelai, Rumah Panjang Jingga, Pulau Bruit ditamatkan hari ini selepas mangsa gagal ditemukan.

Keputusan menamatkan operasi itu dibuat dalam mesyuarat melibatkan semua agensi berkaitan pada 2.00 petang tadi.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, operasi SAR hari ketujuh bagi mencari mangsa Agustine Fernando Nyalong, 14, bermula seawal 9.00 pagi dengan penglibatan beberapa agensi keselamatan serta penduduk kampung.

Pencarian tertumpu berhampiran lokasi kejadian hingga kawasan berhampiran Kampung Sebako.

“Bagaimanapun, tiada penemuan buaya yang terperangkap di kesemua jerat dipasang,” menurut kenyataan itu. 

Operasi turut berdepan kesukaran berikutan hujan lebat dan keadaan sungai bergelora. 

“Susulan perbincangan dan persetujuan bersama semua agensi, ahli keluarga mangsa serta penduduk kampung, operasi SAR ditamatkan sepenuhnya pada 4.10 petang,” menurut kenyataan itu lagi.

Dalam kejadian Jumaat lepas, mangsa yang juga pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semop dilaporkan hilang selepas dipercayai dibaham buaya, dengan kejadian itu disaksikan rakannya sebelum dimaklumkan kepada penduduk kampung.

-Bernama

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Sekurang-kurangnya tujuh maut, bot migran karam di perairan Gambia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.