Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Paras air menurun di beberapa kawasan Lawas, PPS Trusan diaktifkan
  • Utara
  • WILAYAH

Paras air menurun di beberapa kawasan Lawas, PPS Trusan diaktifkan

Utusan Sarawak 6 hours ago
PANTAU BANJIR…anggota APM Lawas menemui mangsa yang masih belum berpindah di beberapa kampung di Trusan.  

LAWAS: Beberapa kawasan di pekan kecil Sundar dan Kampung Siang-Siang, Trusan yang dinaiki air semalam dilaporkan beransur surut setakat tengah hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Lawas, Leftenan (PA) Maradona Tatah berkata, sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Lawas telah menjalankan rondaan serta pemantauan di kawasan berisiko banjir di Sundar dan Trusan bermula 5.00 pagi hingga 8.00 pagi.

Menurut beliau, paras air menunjukkan penurunan di beberapa kawasan termasuk Kampung Siang-Siang Jalan Trusan, pekan Sundar, Kampung Baru, Bangkiai dan Luagan di Sundar.

“Bagaimanapun, paras air masih dilaporkan meningkat di beberapa lokasi lain iaitu Kampung Tanjong, Tanjong Rumah dan Gelapas di kawasan Trusan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau memaklumkan keadaan semasa masih terkawal dan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Masyarakat Trusan telah diaktifkan sejak malam tadi sebagai langkah berjaga-jaga.

Sehubungan itu, APM Lawas menasihatkan penduduk kampung supaya sentiasa berhati-hati, peka terhadap perubahan cuaca serta segera menghubungi pihak berkuasa sekiranya berlaku kenaikan paras air.

Jumlah mangsa yang dipindahkan ke PPS Dewan Masyarakat Trusan dijangka meningkat selepas pasukan bantuan daripada APM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Polis Diraja Malaysia kembali semula ke PPS menjelang petang ini.

Utusan Sarawak akan terus membawa perkembangan terkini berkaitan situasi di PPS Dewan Masyarakat Trusan dan kawasan sekitar Lawas.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: SUPP Bawang Assan lancar program khidmat masyarakat pertama 2026
Next: AirBorneo rasmi beroperasi, penerbangan pertama tiba di Mukah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.