Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Remaja warga Indonesia dikhuatiri lemas di Sebuyau, operasi SAR digerakkan
  • Selatan
  • WILAYAH

Remaja warga Indonesia dikhuatiri lemas di Sebuyau, operasi SAR digerakkan

Utusan Sarawak 8 hours ago
LOKASI mangsa dipercayai terjatuh.

SIMUNJAN: Seorang remaja warga Indonesia berusia 19 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam parit besar ketika meniti jambatan kayu yang ditenggelami air di Ladang Tradewinds, Kampung Sagu Sebuyau, awal pagi semalam.

Dalam kejadian itu, mangsa dikenali sebagai Rendi dilaporkan belum ditemui setakat ini. 

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 8.25 pagi, sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan digerakkan ke lokasi.

Menurut laporan polis, kejadian dipercayai  berlaku kira-kira jam 4.00 pagi semalam apabila mangsa bersama rakan-rakan pulang ke tempat kerja di ladang berkenaan selepas menyambut tahun baharu di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Kesindu, Sebuyau. 

“Ketika melalui parit besar dengan meniti jambatan kayu yang dilimpahi air, mangsa tergelincir lalu terjatuh ke dalam parit.

“Rakan mangsa dilaporkan cuba menyelamatkan mangsa dengan menarik tangannya, namun gagal berikutan arus air yang deras. Usaha mencari mangsa dilakukan oleh rakan-rakan sebelum laporan polis dibuat apabila mangsa tidak ditemui,”katanya dalam kenyataan.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari pertama dimulakan hari ini melibatkan pencarian dalam radius dua kilometer dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh. 

Operasi turut disertai agensi lain termasuk Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta pekerja ladang sawit Tradewinds.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tahun Baharu 2026 bawa harapan dan semangat baharu
Next: SUPP Bawang Assan lancar program khidmat masyarakat pertama 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.