Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Puluhan maut, kira-kira 100 cedera dalam kebakaran bar di Switzerland
  • KEBAKARAN

Puluhan maut, kira-kira 100 cedera dalam kebakaran bar di Switzerland

Utusan Sarawak 17 hours ago
KEBAKARAN… Puluhan orang terkorban manakala kira-kira 100 yang lain cedera dalam kebakaran bar di bandar peranginan ski Crans-Montana, Switzerland pada malam ambang Tahun Baharu.

GENEVA, Switzerland: Puluhan orang terkorban manakala kira-kira 100 yang lain cedera dalam kebakaran bar di bandar peranginan ski Crans-Montana, Switzerland pada malam ambang Tahun Baharu, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Menurut pihak berkuasa hari ini, pelancong asing mungkin turut berada dalam senarai mangsa yang maut dan cedera. 

Komander Polis Kanton Valais, Frederic Gisler berkata tragedi itu meragut ‘puluhan’ nyawa manakala puluhan lagi mengalami kecederaan.

Presiden Majlis Negeri Mathias Reynard berkata kira-kira 100 orang cedera dengan ‘kebanyakannya cedera parah’ dan telah dibawa ke pelbagai hospital. Beliau berkata kapasiti hospital di Valais kini berada pada tahap maksimum, dengan beberapa pesakit dipindahkan ke kemudahan kesihatan di luar kanton itu, khususnya ke hospital universiti.

Perkhidmatan kecemasan dikerahkan secara besar-besaran, dengan penglibatan 10 helikopter dan 150 anggota penyelamat dikerahkan ke lokasi kejadian. Pihak berkuasa menggesa orang ramai supaya berwaspada agar tidak membebankan lagi kapasiti hospital. Hospital Valais kini bekerjasama dengan hospital di seluruh negara bagi merawat mangsa yang cedera.

Pihak berkuasa berkata masih terlalu awal untuk memberikan angka yang tepat atau mengenal pasti identiti mangsa dengan jumlah kematian rasmi tidak akan diumumkan buat masa ini.

Punca kebakaran masih belum dikenal pasti. Peguam Negara Valais, Beatrice Pilloud, berkata masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan, namun menegaskan bahawa “tiada letupan berlaku” meskipun laporan awal menyebut kemungkinan berlaku letupan.

Beliau turut menegaskan bahawa tiada petunjuk kejadian itu berkait dengan sebarang serangan pengganas.

Pilloud berkata siasatan berhubung punca kebakaran sedang dijalankan dengan bantuan Institut Forensik Zurich, sambil menambah bahawa usaha mengenal pasti mangsa yang terkorban juga sedang diteruskan.

Pihak berkuasa juga menggesa semua pihak agar bertenang dan memberi amaran supaya tidak membuat spekulasi mengenai punca kebakaran bagi menghormati keluarga mangsa.

-Bernama

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Jiran padam kebakaran di ruang belakang rumah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.