Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 100 kenderaan diperiksa, 25 motosikal ditahan dalam Ops Ambang Tahun Baharu di Miri
  • JENAYAH

100 kenderaan diperiksa, 25 motosikal ditahan dalam Ops Ambang Tahun Baharu di Miri

Utusan Sarawak 10 hours ago
 SEBANYAK 100 kenderaan pelbagai jenis diperiksa oleh JPJ dan JSPT Miri semasa Ops Bersepadu Ambang Tahun Baharu semalam, termasuk 25 motosikal yang ditahan untuk tindakan lanjut di Balai Polis Trafik Miri. Foto JPJ Sarawak

MIRI: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Miri dengan kerjasama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Miri telah melaksanakan Ops Bersepadu Ambang Tahun Baharu di sekitar Bandaraya Miri bermula semalam hingga pagi tadi.

Operasi bersepadu itu dilaksanakan khusus di kawasan yang dikenal pasti sering berlaku aktiviti perlumbaan motosikal secara haram yang dijalankan secara menyeluruh.

SEBANYAK 100 kenderaan pelbagai jenis diperiksa oleh JPJ dan JSPT Miri semasa Ops Bersepadu Ambang Tahun Baharu semalam, termasuk 25 motosikal yang ditahan untuk tindakan lanjut di Balai Polis Trafik Miri. Foto JPJ Sarawak

Sepanjang operasi, sebanyak 100 kenderaan pelbagai jenis telah diperiksa oleh pasukan penguat kuasa JPJ dan JSPT Miri. Dalam tempoh sama, sebanyak 25 motosikal telah ditahan dan dibawa ke Balai Polis Trafik Miri untuk tindakan lanjut.

Antara kesalahan yang dikesan termasuk tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, penunggang bawah umur serta pelbagai kesalahan lain melibatkan aspek teknikal kenderaan.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lelaki tempatan ditahan miliki waran tangkap dalam Op Bersepadu Ambang Tahun Baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.