Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Hujan berterusan Kampung Bintawa Tengah dinaiki air, Kampung Pulo turut terjejas
  • TEMPATAN

Hujan berterusan Kampung Bintawa Tengah dinaiki air, Kampung Pulo turut terjejas

Utusan Sarawak 10 hours ago
BANJIR… Paras air di Kampung Bintawa Tengah mula meningkat sekitar 2.30 petang tadi.

PETRA JAYA: Kampung Bintawa Tengah dilanda banjir selepas hujan berterusan sejak semalam, menyebabkan beberapa kawasan rendah dinaiki air dan turut menjejaskan kawasan berhampiran termasuk Kampung Pulo.

Menurut salah seorang penduduk Kampung Bintawa Tengah, Fatimah, air mula naik di halaman rumahnya sekitar 2.30 petang tadi sebelum menenggelamkan jalan di hadapan rumahnya.

“Sebaik sahaja air menenggelamkan jalan di hadapan rumah saya, saya bergegas memindahkan pasu bunga kesayangan saya ke bahagian atas rumah. Banjir sebelum ini pernah menghanyutkan pasu bunga saya ketika saya masih bekerja di pejabat,” katanya.

BANJIR… Paras air di Kampung Bintawa Tengah mula meningkat sekitar 2.30 petang tadi dan terus naik sehingga kini.

Fatimah turut meluahkan rasa kebimbangan sekiranya banjir semakin tinggi dan tidak surut kerana keadaan itu boleh menyukarkannya untuk keluar bekerja serta menjejaskan rutin harian. Katanya, lagi, kebanyakan kereta yang diparkir di bawah rumah juga telah dipindahkan ke tempat yang lebih tinggi di sekitar jalan raya besar berdekatan Jambatan Tun Salahuddin bagi mengelakkan kerosakan.

BANJIR… Paras air di Kampung Bintawa Tengah mula meningkat sekitar 2.30 petang tadi dan terus naik sehingga kini.

Setakat ini, penduduk dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan memantau keadaan semasa, terutama mereka yang tinggal di kawasan rendah dan berisiko dilanda banjir.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sarawak muktamadkan pengambilalihan MASwings
Next: 949 mangsa terjejas banjir dan tanah runtuh di Sarawak, tujuh PPS masih aktif

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.