Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bomba laksana rondaan banjir, 15 penduduk dipindahkan di Kampung Segedup 
  • TEMPATAN

Bomba laksana rondaan banjir, 15 penduduk dipindahkan di Kampung Segedup 

Utusan Sarawak 10 hours ago
Gambar sekitar rondaan banjir di beberapa kawasan di Kuching.

KUCHING: Pasukan Gerak Cepat (PGC) Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak melaksanakan rondaan serta pemantauan berterusan di beberapa kawasan berisiko banjir sekitar Kuching sejak malam tadi hingga awal pagi hari ini.

Menurut laporan JPBM, rondaan bermula pada jam 8.00 malam di kawasan Batu Kawa, dengan keadaan air dilaporkan termenung dan masih terkawal tanpa keperluan pemindahan penduduk. 

“Pasukan kemudiannya bergerak ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kampung Sinar Budi Baru dan mendapati berlaku pertambahan jumlah penduduk yang berpindah ke pusat berkenaan.

“Pada jam 9.00 malam, rondaan diteruskan di kawasan Kampung Sungai Batu, diikuti Kampung Sungai Bedaun dan Kampung Buntal sehingga jam 11.30 malam, dengan kebanyakan kawasan dilaporkan dalam keadaan terkawal serta tiada tanda kenaikan paras air,” katanya.

Pemantauan turut dijalankan di Taman Matang Jaya 3 pada jam 2.16 pagi, sebelum operasi pemindahan dilaksanakan di Kampung Segedup Surih pada jam 2.50 pagi susulan peningkatan paras air di kawasan tersebut.

“Seramai 15 penduduk Kampung Segedup berjaya dipindahkan sementara ke Dewan Surau Segedup setakat jam 5.00 pagi, melibatkan warga emas, dewasa, kanak-kanak dan bayi,” jelasnya.

Operasi tersebut melibatkan tujuh anggota bomba dengan sokongan beberapa aset logistik termasuk lori, kenderaan utiliti dan bot, manakala pemantauan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan penduduk di kawasan terlibat.

Oleh SHAHRUL QAIZAT 

Continue Reading

Previous: Sarawak cipta sejarah dengan rekod dunia Guinness perjalanan dron sejauh 1,706.7 kilometer
Next: Sarawak bekerjasama jayakan Tahun Melawat Malaysia 2026, sasar 43 juta pelancong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.