Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kebocoran paip gas, tindakan pantas bomba elak risiko lebih besar
  • Utara
  • WILAYAH

Kebocoran paip gas, tindakan pantas bomba elak risiko lebih besar

Utusan Sarawak 7 hours ago
PERIKSA…Pasukan bomba melakukan penilaian awal bagi memastikan tiada risiko letupan atau kebakaran sebelum tindakan lanjut diambil dalam kejadian kebocoran paip gas di kejadian Lorong Tasik 4A, Senadin, petang semalam. 

MIRI: Pasukan bomba bertindak pantas menangani kejadian kebocoran paip gas di Lorong Tasik 4A, Senadin, di sini, petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lutong, Henry Jugah, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 5.49 petang sebelum sebuah jentera bersama enam anggota digerakkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, pasukan mendapati berlaku kebocoran gas berpunca daripada paip gas di bahagian belakang rumah pengadu yang didapati patah,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, Pasukan Komander Operasi (PKO) segera melakukan penilaian awal bagi memastikan tiada risiko letupan atau kebakaran sebelum tindakan lanjut diambil.

“Sebagai langkah keselamatan, pihak bomba telah menghubungi Sarawak Gas untuk menutup injap utama paip gas berkenaan.

“Setelah keadaan disahkan selamat dan terkawal, operasi ditamatkan sepenuhnya,” jelasnya.

Henry berkata, operasi berjaya dikawal pada 6.10 petang dan tamat sepenuhnya pada 7.23 malam, tanpa sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Dalam kejadian itu, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Sarawak Gas turut berada di lokasi bagi membantu kelancaran operasi dan memastikan keselamatan penduduk sekitar.

Oleh Liong Chai ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pelbagai acara warnai Sambutan Ambang Tahun Baharu 2026 di Kabong esok
Next: MTL: BBP Sarikei pantau paras air di Jalan Gaharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.