Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Miha calon BN untuk PRK DUN LAMAG
  • NASIONAL

Miha calon BN untuk PRK DUN LAMAG

Utusan Sarawak 7 hours ago
AKTIVIS belia Mohd Ismail Ayob atau lebih dikenali sebagai Miha dipilih sebagai calon mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag. Foto BERNAMA

KOTA KINABALU: Aktivis belia Mohd Ismail Ayob atau lebih dikenali sebagai Miha dipilih sebagai calon mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag.

Mohd Ismail, 44, calon bebas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 29 November lepas dalam saingan DUN Lamag, bagaimanapun tewas kepada Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin dengan majoriti 153 undi dalam saingan lima penjuru.

Pengerusi BN Sabah Datuk Jafry Ariffin yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah berkata pemilihan Mohd Ismail selaras dengan keperluan pemimpin muda sebagai pemimpin masa depan dan keperluan tadbir urus politik parti.

PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Jafry Ariffin (tengah) bersama calon BN bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Lamag Mohd Ismail Ayob atau lebih dikenali sebagai Miha (kanan) dan calon BN bagi Parlimen Kinabatangan Mohd Naim Kurniawan Moktar (kiri) ketika membuat pengumuman calon di pejabat UMNO Sabah hari ini. Foto BERNAMA

“Berteras pertimbangan itu, BN Sabah mencalonkan Miha (Mohd Ismail) sebagai calon perpaduan melalui kapasiti keahlian terus BN.

“Pencalonan ini merupakan strategi politik berasaskan institusi bagi mengukuhkan kerjasama lebih menyeluruh, merapatkan jurang politik serta memastikan kesinambungan agenda pembangunan rakyat dapat dilaksanakan tanpa gangguan ketidaktentuan poltik,” katanya di sini hari ini.

Jafry berkata demikian ketika berucap pada Majlis Bersama Media BN Sabah di sini hari ini yang turut dihadiri Setiausaha Eksekutif BN Datuk Mohamad Sahfri Ab Aziz dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Hasnol Ayub.

Kerusi Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag kosong selepas penyandangnya Bung Moktar yang juga Pengerusi BN Sabah meninggal dunia pada 5 Disember lepas. Lamag merupakan DUN dalam Parlimen Kinabatangan.

‎Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag pada 24 Januari 2026, manakala penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 10 dan 20 Januari.

Jafry yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah berkata BN Sabah juga berpandangan pengukuhan kedudukan parti di kawasan Kinabatangan bukan sekadar soal persaingan pilihan raya, sebaliknya keperluan strategik demi kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat.

“Ia selaras dengan semangat Kerajaan Perpaduan yang mengutamakan kemakmuran, kerjasama dan tadbir urus berasaskan konsensus,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata pemilihan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kinabatangan Mohd Naim Kurniawan Moktar sebagai calon BN di PRK Parlimen Kinabatangan memenuhi keperluan parti dalam legitimasi organisasi, penerimaan akar umbi dan keupayaan menterjemah aspirasi rakyat. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Hujan lebat berterusan di Sarawak bermula esok hingga 1 Januari – MetMalaysia
Next: Pemergian Madeline Berma dirasai ahli ekonomi, alumni UKM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.