Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pendekatan turun padang kunci kejayaan projek luar bandar
  • Tengah
  • WILAYAH

Pendekatan turun padang kunci kejayaan projek luar bandar

Utusan Sarawak 6 hours ago
LAWATAN TAPAK.. Pasukan Pusat Khidmat Parlimen Sarikei menjalankan lawatan tapak ke beberapa lokasi di sekitar kawasan luar bandar dan pinggir bandar Bintangor. Foto Pusat Khidmat Parlimen Sarikei

BINTANGOR: Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Huang Tiong Sii, menekankan bahawa pendekatan turun padang adalah kunci untuk memastikan setiap projek pembangunan luar bandar dirancang dengan tepat, menyeluruh, dan memberi impak yang tinggi.

Katanya, pendekatan lawatan lapangan membolehkan isu sistem perparitan dan saliran dikenal pasti secara jelas mengikut keperluan sebenar penduduk.

“Setiap maklumat di lapangan ini amat penting supaya pelaksanaan projek dapat dirancang dan disusun dengan lebih berimpak, bukan sekadar penyelesaian sementara,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Semalam, Pusat Khidmat Parlimen Sarikei yang diketuai oleh Wong Soon Mee bersama pegawai Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarikei telah melaksanakan lawatan tapak ke beberapa lokasi di sekitar kawasan luar bandar dan pinggir bandar Bintangor bagi menilai keadaan semasa sistem perparitan dan infrastruktur asas.

Lokasi yang dinilai dalam sesi pemantauan tersebut termasuk Jalan Ming Chiang, Jalan Muhibah, Jalan Dak Sieng dan Rumah Stephen Senen di Sungai Gemuan.

Tambahnya, lawatan turut memberi peluang bagi sesi libat urus bersama penduduk setempat bagi mendapatkan maklum balas dan pandangan terus daripada komuniti yang terkesan.

“Hasil pemerhatian dan maklum balas penduduk akan dijadikan asas pertimbangan bagi perancangan penambahbaikan infrastruktur pada fasa seterusnya,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa usaha menambah baik kemudahan asas luar bandar adalah komitmen berterusan demi memastikan kesejahteraan rakyat di Parlimen Sarikei dan DUN Repok terus terjamin.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Penyelenggaraan sistem saliran Tekam siap, manfaat komuniti luar bandar
Next: MV Coral Geographer singgah, penumpang ke darat dibatalkan gara-gara laut bergelora

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.