Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Jiran padam kebakaran di ruang belakang rumah
  • KEBAKARAN

Jiran padam kebakaran di ruang belakang rumah

Utusan Sarawak 6 hours ago
MUSNAH… Keadaan di bahagian belakang rumah yang dijadikan tempat memelihara kucing musnah  selepas terbakar dalam kejadian di Desa Pujut 2, Permyjaya di Miri awal pagi tadi. Foto BBP Lopeng.

MIRI: Sebuah rumah satu tingkat hampir musnah selepas berlaku kebakaran di bahagian belakang rumah yang dijadikan tempat memelihara kucing dalam kejadian di Desa Pujut 2, Permyjaya di sini, awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 1.24 pagi sebelum menggerakkan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng ke lokasi.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi pada jam 1.36 pagi, didapati kebakaran melibatkan ruang belakang rumah yang dijadikan tempat memelihara kucing. Bagaimanapun, api telah berjaya dipadamkan oleh jiran menggunakan air pili,”katanya dalam satu kenyataan pagi tadi.

Menurutnya, rumah berkenaan adalah jenis satu tingkat dengan struktur kekal dan tiada operasi pemadaman dijalankan kerana keadaan telah selamat sepenuhnya.

“Pasukan bomba hanya melakukan pemeriksaan keselamatan sebelum operasi ditamatkan pada 2.05 pagi,” katanya.

Punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan pihak forensik bomba.

Oleh Liong Chai ling

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Kebakaran rumah jagaan di Indonesia ragut 16 nyawa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.