
SAPPORO, Jepun: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dilaporkan tidak sedarkan diri selepas lengan kanannya tersekat pada sebuah lif ski di resort di utara Jepun hari ini, menurut pihak berkuasa tempatan.
Menurut pihak bomba, mereka menerima panggilan kecemasan daripada ibu kanak-kanak itu kira-kira 10.00 pagi, memaklumkan anaknya terperangkap pada lif ski jenis sawat penyampai di bandar Otaru, Hokkaido, lapor Agensi Berita Kyodo.
Kanak-kanak itu dipercayai terjatuh ketika cuba turun dari lif berkenaan, yang menghubungkan kawasan tempat letak kenderaan dengan cerun ski di resort itu, menurut polis tempatan dan pihak bomba.
-Bernama