Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Penunggang basikal maut dirempuh pacuan empat roda di Jalan Miri–Pujut
  • KEMALANGAN

Penunggang basikal maut dirempuh pacuan empat roda di Jalan Miri–Pujut

Utusan Sarawak 11 hours ago
REMUK…Keadaan kenderaan pacuan empat roda remuk selepas terlibat kemalangan dalam kejadian di Jalan Miri–Pujut, malam tadi.

MIRI: Seorang penunggang basikal lelaki tempatan  maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Miri–Pujut, berhampiran Pasar Raya Boulevard, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada sekitar 7.10 malam.

Menurut beliau, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun, dalam perjalanan dari pusat bandar Miri menuju ke Permyjaya, melanggar penunggang basikal yang dipercayai keluar dari simpang Pasar Raya Boulevard.

“Akibat perlanggaran tersebut, penunggang basikal berusia lingkungan 45 hingga 50 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas perubatan, manakala pemandu pacuan empat roda tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Mohd Farhan, kes kemalangan maut itu kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohammad Amiruddin bin Hamdan, di talian 018-952 9957 atau 085-430 479.

Dalam pada itu, individu yang kehilangan ahli keluarga atau waris turut diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi tujuan pengecaman.

Mohd Farhan turut menasihatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa mengamalkan pemanduan berhemah serta mematuhi peraturan lalu lintas yang ditetapkan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini dan memastikan keselamatan bersama.

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Tiga kenderaan pacuan empat roda kemalangan di KM6, Jalan Repok
Next: Lelaki maut terjatuh ke sungai di Serian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.