Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Eksklusif: Penerbangan MASwings Miri–Sibu dibatalkan berulang kali, penumpang kecewa
  • SEMASA

Eksklusif: Penerbangan MASwings Miri–Sibu dibatalkan berulang kali, penumpang kecewa

Utusan Sarawak 9 hours ago
PENUMPANG beratur di kaunter serahan bagasi sebelum dimaklumkan bahawa penerbangan sambungan turut dibatalkan.

MIRI: Beberapa penumpang meluahkan rasa kecewa susulan pembatalan berulang kali penerbangan MASwings dari Miri ke Sibu yang dijadualkan hari ini dan esok, selepas dimaklumkan pada saat akhir tanpa penjelasan terperinci.

Berdasarkan maklumat yang dikongsi penumpang, penerbangan MH3655 yang dijadualkan hari ini dibatalkan sebelum mereka dipindahkan ke penerbangan lain melalui transit di Bintulu.

Namun, selepas beratur di kaunter serahan bagasi, penumpang sekali lagi dimaklumkan bahawa penerbangan sambungan tersebut turut dibatalkan.

Penumpang kemudiannya dijadualkan semula ke penerbangan MH3653 pada pagi esok, namun menerima mesej sekitar 2.29 petang memaklumkan penerbangan berkenaan juga dibatalkan, sekali gus menimbulkan kekeliruan dan kekecewaan, terutama dalam kalangan penumpang yang telah membuat perancangan perjalanan lebih awal.

Menurut penumpang, terpaksa hadir ke lapangan terbang, sebagai inisiatif sendiri untuk mendapatkan kepastian berhubung status penerbangan susulan pembatalan berulang kali itu.

Penumpang turut memaklumkan bahawa kakitangan kaunter menjelaskan mereka hanya melaksanakan arahan yang diterima, selain memaklumkan pembatalan penerbangan dipercayai berpunca daripada empat pesawat MASwings yang mengalami kerosakan.

Bagaimanapun, kakitangan terbabit tidak dapat mengesahkan sama ada penerbangan bagi esok akan beroperasi seperti dijadualkan atau sebaliknya.

Beberapa penumpang turut mendakwa tiada tawaran pampasan atau penjelasan rasmi diberikan walaupun pembatalan dimaklumkan pada saat akhir, selain kekurangan maklumat berhubung langkah seterusnya yang boleh diambil oleh penumpang terjejas.

Mengikut Peraturan-Peraturan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Perlindungan Pengguna Penerbangan) 2016 di bawah Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015, penumpang berhak menerima penjadualan semula atau bayaran balik penuh sekiranya penerbangan dibatalkan pada saat akhir.

Peraturan sama turut memperuntukkan kewajipan syarikat penerbangan menyediakan bantuan munasabah termasuk kemudahan komunikasi, makanan dan penginapan tertakluk kepada keadaan serta tempoh gangguan penerbangan.

Selain itu, peraturan berkenaan juga menetapkan bahawa pampasan tertentu boleh dituntut sekiranya pembatalan penerbangan tidak berpunca daripada keadaan luar jangka seperti cuaca buruk atau ancaman keselamatan, namun pampasan tersebut boleh dikecualikan sekiranya syarikat penerbangan dapat membuktikan gangguan berlaku atas faktor di luar kawalan operasi mereka.

Setakat ini, MASwings masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung pembatalan berulang penerbangan Miri–Sibu terbabit.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: 17,000 tan sisa makanan dibazirkan setiap hari, tindakan tegas diperlukan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.