Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Polis Jerman tembak mati lelaki selepas serangan di hospital
  • GLOBAL

Polis Jerman tembak mati lelaki selepas serangan di hospital

Utusan Sarawak 6 hours ago
ANGGOTA polis Jerman berkawal di luar sebuah hospital universiti di Giessen selepas seorang lelaki ditembak mati dalam kejadian serangan menggunakan gunting. Foto Bernama-dpa

BERLIN:  Polis Jerman menembak mati seorang lelaki berusia 33 tahun dalam satu kejadian di sebuah hospital universiti di bandar Giessen tengah Jerman pada Jumaat, menurut pihak berkuasa, lapor agensi berita Jerman dpa.

Kakitangan hospital sebelum itu menghubungi perkhidmatan kecemasan selepas melaporkan seorang pesakit mengancam mereka menggunakan gunting, menurut Pejabat Polis Jenayah Negeri Hesse dalam satu kenyataan.

Menurut penyiasat, lelaki berkenaan turut menyerang polis menggunakan gunting, menyebabkan anggota keselamatan melepaskan tembakan pada lewat petang. 

Lelaki itu meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami.

Pejabat polis jenayah negeri mengambil alih siasatan atas faktor berkecuali. 

Menurut pihak berkuasa, keadaan sebenar serta urutan kejadian masih dalam siasatan. – Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Kemboja, Thailand tandatangan perjanjian gencatan senjata bagi tamatkan konflik sempadan serta-merta
Next: Gempa bumi 5.7 magnitud landa wilayah Santiago Del Estero, Argentina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.