Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pupuk dan pelihara perpaduan untuk jamin masa depan baik
  • Utara
  • WILAYAH

Pupuk dan pelihara perpaduan untuk jamin masa depan baik

Utusan Sarawak 7 hours ago
RAKAN JAUH…(empat kanan) Lidam bersama keluarga berkunjung ke Long Tuan berjumpa sahabat lama Dato Henry Sum Agong.

LAWAS: Masyarakat Sarawak yang berbilang kaum wajib memastikan kesatuan antara mereka terus dijaga dengan baik untuk menjamin masa depan yang sejahtera.

Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong dalam mesej ringkasnya sempena majlis rumah terbuka Krismas di kediamannya semalam mengajak seluruh penduduk di Parlimen Lawas untuk kekal bersatu padu.
“Kita mempunyai pelbagai suku kaum yang berbeza dan unik. Di Lawas, contohnya, terdapat Lun Bawang, Melayu Brunei, Kedayan, Tagal, Cina, serta masyarakat Iban yang masing-masing memiliki latar belakang yang tersendiri.

“Justeru, dengan semangat perayaan Krismas ini, kita ingin bergerak bersama-sama bagi menyokong kepimpinan di Sarawak, khususnya di Lawas.

KONGSI PENGALAMAN… Henry Sum bersama Lidam berkongsi berbagai cerita dan isu semasa.

“Memang diakui masih banyak yang perlu dilakukan untuk meningkatkan kemudahan untuk rakyat, tetapi semuanya memerlukan kerjasama semua daripada rakyat hingga kepada kepimpinan di atas,” katanya ketika ditemui dikediamannya di Kampung Long Tuan, Trusan semalam.

Henry Sum telah menerima kunjungan daripada pelbagai lapisan masyarakat sejak Hari Krismas pertama sehingga petang semalam.

RAIKAN BERSAMA…Henry Sum menerima kunjungan daripada sahabat dan saudara mara daripada berbagai latar belakang.

Turut hadir ke rumah terbuka Henry Sum Agong ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas, Lidam Assan, bersama keluarga, pemimpin masyarakat, dan persatuan-persatuan yang terdapat di Lawas.

Seterusnya, Henry Sum Agong mengingatkan masyarakat di Parlimen Lawas bahawa segala pembangunan dan kemakmuran yang dinikmati hari ini adalah hasil titik peluh pemimpin kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS), yang diketuai Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, bersama seluruh kepimpinan GPS di Sarawak.

Oleh itu, beliau mahu melihat rakyat di Lawas bersatu bersama seluruh rakyat Sarawak yang lain untuk terus memastikan kerajaan GPS kekal kukuh memerintah Sarawak pada masa depan.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Sambutan Krismas simbol keharmonian, kukuh semangat Segulai Sejalai 
Next: Anak buaya sesat di kawasan rumah penduduk, APM Lawas bertindak pantas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.