Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Niaga hadapan emas dijangka diniagakan tinggi minggu depan
  • BISNES

Niaga hadapan emas dijangka diniagakan tinggi minggu depan

Utusan Sarawak 8 hours ago

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal positif minggu depan seiring dengan kenaikan di Bursa Komoditi Amerika Syarikat (COMEX) berikutan minggu dagangan yang singkat sempena cuti umum sambutan Tahun Baharu.

RHB Investment Bank Bhd menerusi satu nota penyelidikan berkata selepas mencatatkan satu lagi paras tertinggi semasa sesi dagangan awal pada Jumaat melebihi paras AS$4,500 setiap auns troy, logam berharga itu dijangka meneruskan aliran menaiknya dan menguji rintangan seterusnya pada AS$4,700 setiap auns troy, diikuti AS$4,800 setiap auns troy.

“Para peniaga disyorkan untuk mengekalkan pegangan jangka panjang bermula pada AS$3,562.90 (pada penutup dagangan 2 September). Bagi menangani risiko dagangan, tahap harga yang telah ditentukan diletakkan pada AS$4,000 setiap auns troy. Sokongan pertama pada AS$4,200 setiap auns troy, diikuti oleh AS$4,000 setiap auns troy.

“Sebaliknya, rintangan serta-merta ditetapkan pada AS$4,700 setiap auns troy, diikuti AS$4,800 setiap auns troy,” katanya.

Bagi asas mingguan, kontrak bulan semerta Disember 2025 meningkat sedikit kepada AS$4,487.40 setiap auns troy daripada AS$4,331.30 setiap auns troy sebelumnya.

Kontrak Januari 2026 menokok kepada AS$4,505.10 setiap auns troy daripada AS$4,349 setiap auns troy pada seminggu sebelumnya. Kontrak Februari 2026 naik kepada AS$4,520.60 setiap auns troy daripada AS$4,364.10 setiap auns troy, manakala Mac 2026 menambah kepada AS$4,537.30 setiap auns troy daripada AS$4,380.80 setiap auns troy.

Sementara itu, kontrak April 2026, Jun 2026 dan Ogos 2026 ditutup lebih tinggi kepada AS$4,555.30 setiap auns troy daripada AS$4,380.80 setiap auns troy pada minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan mingguan menyusut kepada 209 lot daripada 520 lot minggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka turun kepada 95 kontrak daripada 149.

Pada 23 Disember 2025 di London Bullion Market Association, emas fizikal ditetapkan pada AS$4,449.40 setiap auns troy. – Bernama

Continue Reading

Previous: Niaga hadapan KLCI dijangka turun minggu depan disebabkan cuti hujung tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.