Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SAR diteruskan hari ini, Yusuf harap jasad mangsa segera ditemui
  • Tengah
  • WILAYAH

SAR diteruskan hari ini, Yusuf harap jasad mangsa segera ditemui

Utusan Sarawak 7 hours ago
TRAGIS… Suasana tragis menyelubungi jeti Rumah Jingga semasa operasi SAR dijalankan pada semalam. Foto PGO Bomba Sarawak

TANJUNG MANIS: Kejadian tragis menimpa seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dari Rumah Jingga disambar buaya ketika menjala ikan di Sungai Kelai, Pulau Bruit semalam mengundang rasa dukacita Ahli Parlimen Tanjong Manis, Dato Yusuf Abd Wahab.

Katanya, insiden itu amat menyayat hati dan memberi kesan mendalam bukan sahaja kepada keluarga mangsa, malah seluruh komuniti setempat.

“Saya turut menzahirkan perasaan sedih dan dukacita di atas kejadian yang menimpa remaja lelaki tersebut.

“Salam takziah kepada kedua ibubapa dan seluruh keluarga mangsa dan mendoakan semoga mereka sentiasa sabar dan tabah dalam menghadapi kejadian yang menyedihkan ini,” katanya ketika dihubungi media, hari ini.

Katanya, difahamkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah dimulakan semalam oleh pihak polis, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk rumah panjang, namun setakat ini jasad mangsa masih belum ditemukan.

“Saya berharap semoga usaha SAR yang dilakukan oleh pelbagai agensi serta penduduk rumah panjang akan berjaya menemukan jasad mangsa dalam masa terdekat,” katanya.

Dalam masa sama, beliau turut menasihatkan penduduk yang tinggal berdekatan sungai supaya lebih berhati-hati kerana paras air yang menjadi sumber rezeki juga merupakan habitat haiwan yang boleh mengancam keselamatan.

“Sungai adalah tempat kita mencari rezeki namun dalam sungai juga banyak buaya berkeliaran mencari makanan atau mangsa.

“Saya juga memohon kepada pihak yang berkuasa seperti Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) supaya mengambil langkah yang sewajarnya untuk mengurangkan atau mengawal populasi buaya supaya tidak mengancam keselamatan penduduk,” katanya.

Setakat berita ditulis, operasi SAR masih dijalankan dan mangsa masih belum ditemui.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: BBP Sarikei kekal siap siaga dalam tempoh MTL
Next: Prihatin: Bantuan katil pesakit disalur terus ke kediaman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.