Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Empat pendaki ditemukan maut di Greece
  • GLOBAL

Empat pendaki ditemukan maut di Greece

Utusan Sarawak 9 hours ago
OPERASI mencari dan menyelamat di Gunung Vardousia, Greece, selepas empat pendaki ditemukan maut akibat tertimbus runtuhan salji ketika aktiviti pendakian musim sejuk. Foto Agensi

ATHENS: Empat pendaki ditemukan maut pada Jumaat di Gunung Vardousia di tengah Greece berhampiran Delphi, menurut penyiar nasional Greece, ERT, lapor Xinhua.

Kumpulan berkenaan yang terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita dilaporkan hilang pada pagi Hari Krismas selepas ahli keluarga dan rakan gagal menghubungi mereka melalui telefon bimbit selama beberapa jam. 

Kumpulan itu kemudiannya dijumpai tertimbus di bawah runtuhan salji.

Operasi mencari dan menyelamat berskala besar dilancarkan meskipun berdepan keadaan cuaca buruk.

Lebih 30 anggota bomba bersama pasukan penyelamat khas digerakkan dalam operasi pencarian itu, dengan sokongan anjing terlatih dan dron.

Rakan mangsa berkata seorang daripada mereka merupakan pendaki berpengalaman yang menjemput rakan-rakannya dari Athens untuk menyertai aktiviti pendakian sempena cuti perayaan. – Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Polis tahan lelaki tikam tiga wanita di Metro Paris
Next: Seorang maut, 26 cedera dalam kemalangan melibatkan 50 kenderaan di Tokyo

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.