Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • BBP Sarikei kekal siap siaga dalam tempoh MTL
  • Tengah
  • WILAYAH

BBP Sarikei kekal siap siaga dalam tempoh MTL

Utusan Sarawak 5 hours ago
PANTAU… Anggota bomba memantau keadaan paras air, tengah malam tadi. Foto BBP Sarikei

SARIKEI: Dua anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei telah menjalankan rondaan pemantauan monsun timur Laut (MTL) pada tengah malam tadi.

Ketua BBP Sarikei, Arrahman Chik, berkata rondaan dijalankan pada 12.25 tengah malam di Terminal Ekspres II, Jalan Abdul Rahman melibatkan pemantauan paras air.

“Setibanya anggota bomba di lokasi rondaan, air didapati sedang pasang namun dalam keadaan terkawal.

“Pemantauan dijalankan bagi menilai situasi paras air serta memastikan tiada risiko segera terhadap penduduk berdekatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, semasa pemantauan, cuaca sedang hujan renyai.

“Sepanjang rondaan pemantauan, tiada sebarang panggilan kecemasan diterima dan keadaan di lokasi kekal selamat.

“Pihak kami akan meneruskan rondaan berkala bagi memastikan tahap kesiapsiagaan berada pada tahap optimum,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: APM Spaoh musnahkan sarang tebuan di pondok kebun Kampung Manggut
Next: SAR diteruskan hari ini, Yusuf harap jasad mangsa segera ditemui

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.