Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Seorang terbunuh, empat cedera dalam kejadian tembakan di California Selatan
  • GLOBAL

Seorang terbunuh, empat cedera dalam kejadian tembakan di California Selatan

Utusan Sarawak 9 hours ago
SUASANA di lokasi kejadian tembakan di Lancaster, utara Daerah Los Angeles, pada 25 Disember, di mana seorang remaja terbunuh manakala empat lagi cedera. – Foto Agensi
ANGGOTA polis dan pasukan kecemasan berada di lokasi kejadian tembakan di Lancaster, California Selatan, pada Hari Krismas yang mengorbankan seorang remaja dan mencederakan empat individu. Foto Agensi

LOS ANGELES: Seorang remaja terbunuh manakala empat lagi cedera dalam satu kejadian tembakan pada Hari Krismas di utara Daerah Los Angeles, menurut media tempatan dan polis, lapor Xinhua.

Usaha memburu suspek sedang dijalankan selepas seorang remaja lelaki berusia 16 tahun maut di Lancaster, lapor FOX 11 pada Jumaat.

Jabatan Sheriff Daerah Los Angeles mengesahkan bahawa kejadian itu dilaporkan pada Khamis dan mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Sementara itu, seorang remaja perempuan berusia 17 tahun, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun serta dua lelaki dewasa dibawa ke hospital tempatan akibat luka tembakan, menurut jabatan berkenaan.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Lalu lintas udara AS terganggu ketika New York bersiap sedia hadapi salji tebal
Next: Ratusan penerbangan alami kelewatan, dibatalkan di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.