Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Menjala udang bertukar tragedi, remaja dikhuatiri dibaham buaya belum ditemui
  • WILAYAH

Menjala udang bertukar tragedi, remaja dikhuatiri dibaham buaya belum ditemui

Utusan Sarawak 17 hours ago
USAHA menyelamat mangsa dikhuatiri dibaham buaya sedang dijalankan. Foto BBP Daro

DARO: Hasrat seorang remaja lelaki menjala udang bertukar tragedi apabila dia dikhuatiri dibaham buaya di Jeti Sungai Kelai, Rumah Panjang Jingga, Pulau Bruit, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Daro, Deputi Superintendan Rahim Mihos, berkata kejadian berlaku sekitar 1.30 petang ketika mangsa berada di tebing sungai bersama beberapa rakan.

USAHA menyelamat mangsa dikhuatiri dibaham buaya sedang dijalankan. Foto BBP Daro

“Mangsa dikenali sebagai Agustine Fernando Nyalong, 14, disyaki disambar buaya ketika sedang menjala udang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut beliau, sehingga kini mangsa masih belum ditemui dan usaha mengesan sedang diteruskan melibatkan kerjasama agensi penyelamat.

Rahim berkata, orang ramai diminta menjauhi kawasan sungai yang dikenal pasti berisiko serta mematuhi langkah keselamatan, terutama di lokasi yang sering dikaitkan dengan kehadiran buaya.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Remaja 14 tahun dikhuatiri dibaham buaya di Pulau Bruit
Next: APM Spaoh musnahkan sarang tebuan di pondok kebun Kampung Manggut

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.