Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ADUN Kabong salur sumbangan kepada agensi, pertubuhan di Saratok
  • WILAYAH

ADUN Kabong salur sumbangan kepada agensi, pertubuhan di Saratok

Utusan Sarawak 18 hours ago
ADUN Kabong, Dato Mohd Chee Kadir menyampaikan sumbangan kepada beberapa agensi kerajaan serta pertubuhan di sekitar Saratok, hari ini. Foto ADUN Kabong

SARATOK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir telah menyampaikan sumbangan kepada beberapa agensi kerajaan serta pertubuhan di sekitar Saratok dalam satu majlis ringkas yang diadakan, hari ini.

Beliau berkata, sumbangan tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk menyokong pelaksanaan aktiviti kebajikan, sosial dan pembangunan komuniti yang dijalankan oleh agensi serta pertubuhan di peringkat tempatan.

ADUN Kabong, Dato Mohd Chee Kadir menyampaikan sumbangan kepada beberapa agensi kerajaan serta pertubuhan di sekitar Saratok, hari ini. Foto ADUN Kabong

Antara penerima sumbangan ialah Jawatankuasa Sukan dan Kebajikan Bomba Saratok yang menerima peruntukan berjumlah RM10,000 bagi menyokong aktiviti kebajikan dan program pembangunan anggota bomba di kawasan tersebut.

Selain itu, Kelab Sosial dan Rekreasi Jabatan Pertanian Saratok turut menerima sumbangan sebanyak RM5,000, manakala Kelab Kesihatan Saratok dan Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Saratok masing-masing menerima RM5,000.

Turut menerima sumbangan ialah Kelab Sosial, Kebajikan dan Rekreasi Majlis Daerah Saratok dengan peruntukan RM5,000, sementara Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Cawangan Saratok menerima sumbangan berjumlah RM10,000.

Chee Kadir berkata, dana yang disalurkan ini diharap dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh setiap penerima bagi melaksanakan program yang memberi impak positif kepada ahli serta masyarakat setempat.

Menurut beliau, sokongan kewangan ini juga bertujuan memperkukuhkan peranan agensi dan pertubuhan dalam pembangunan modal insan, di samping memupuk semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan komuniti di Saratok.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas kelulusan permohonan sumbangan berkenaan, yang jelas memperlihatkan keprihatinan kerajaan negeri terhadap kebajikan rakyat dan agensi di peringkat akar umbi.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Cadangan pembinaan masjid baharu Kampung Kupang tunggu kelulusan Majlis Islam Sarawak
Next: Remaja 14 tahun dikhuatiri dibaham buaya di Pulau Bruit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.