Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • PRU15 lebih awal jika GRS menang di Sabah
  • NASIONAL

PRU15 lebih awal jika GRS menang di Sabah

Utusan Sarawak 5 years ago

KOTA BELUD, 18 Sept -- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (hadapan, tengah) bersama para penyokong Gabungan Rakyat Sabah pada majlis Ramah Mesra di Kampung Rampayan Laut hari ini. Turut hadir, Calon Perikatan Nasional DUN Pintasan Fairuz Renddan (dua kanan), Calon Barisan Nasional DUN Usukan Datuk Seri Salleh Said Keruak (tiga, kanan) dan calon Barisan Nasional DUN Tempasuk Mohd Arsad Bistari (tiga, kiri). -- fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (hadapan, tengah) bersama para penyokong Gabungan Rakyat Sabah pada majlis Ramah Mesra di Kampung Rampayan Laut semalam. Turut hadir, Calon Perikatan Nasional DUN Pintasan Fairuz Renddan (dua kanan), Calon Barisan Nasional DUN Usukan Datuk Seri Salleh Said Keruak (tiga, kanan) dan calon Barisan Nasional DUN Tempasuk Mohd Arsad Bistari (tiga, kiri). •Foto BERNAMA

KOTA BELUD: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Pilihan Raya Umum ke-15 boleh diadakan lebih awal jika Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 September ini.

Perdana menteri berkata, PRN Sabah adalah penting kerana ia penentu masa depan negara, khususnya kepada rakyat Sabah.

“Di peringkat nasional kita belum putuskan bila mahu adakan pilihan raya… tetapi di Sabah kalau kita sudah menang… kita cepat-cepatlah adakan pilihan raya di peringkat pusat.  

“Apa yang penting PRN Sabah ini, adalah isyarat yang kita dapat diperolehi sama ada rakyat menyokong Perikatan Nasional (PN) atau rakyat mahu saya menjadi Perdana Menteri kerana kita mahu Malaysia bergerak maju ke hadapan dan kita mahu Malaysia berjaya. Salah satu cara untuk berjaya adalah terus bersama saya,” katanya.  

Beliau bercakap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Perdana Menteri dengan penduduk tempatan di sini semalam. Acara itu   turut dihadiri Menteri Pertanian dan Industri Makanan   Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, calon PN kerusi   Dewan Undangan Negeri (DUN)   Pintasan Fairuz Renddan   dan calon Barisan Nasional (BN) kerusi Usukan Datuk Seri Salleh Said Keruak.  

Muhyiddin yang juga Pengerusi PN berkata, rakyat Sabah perlu memastikan GRS menang dalam PRN Sabah agar kerajaan negeri sehaluan dengan Kerajaan Pusat.  

“Keputusan ada di tangan rakyat Sabah… kalau ada pilihan untuk membentuk kerajaan baharu… jangan lagi pilih Parti Warisan Sabah (Warisan) kerana Pakatan Harapan (PH) sudah tiada dan tidak lagi memerintah negara.

“Takkan rakyat Sabah masih mahu pilih pembangkang dalam keadaan yang begitu kritikal ketika ini, dengan ekonomi merundum kerana Covid-19. Sebab itu situasi sukar ini kita perlu atasi dan sebab itu kita perlu kerajaan sehaluan,” katanya.

Beliau berkata, pemulihan ekonomi negara perlu dilakukan secara bersama oleh kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan.  

“Walaupun kita terbaik dalam menangani Covid-19 tetapi kita tidak mahu nanti negara kita akan jadi yang terburuk dalam pemulihan akibat kesan penularan Covid-19.  

“Sekiranya kerajaan Sabah ini diterajui oleh GRS selepas PRN Sabah pada 26 September ini, saya berjanji akan membantu Sabah untuk memulihkan ekonomi seperti sebelum penularan Covid-19 atau lebih baik daripada itu,” tambahnya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Sabah perlukan kerajaan boleh bantu rakyat
Next: PN akan lebih sensitif, responsif terhadap suara NGO Islam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.